BM | EN | 中文

Lebih 1,000 solat hajat mohon dihindari wabak influenza

masjid-abu-bakar.jpg

Imam Masjid Sultan Abu Bakar, Mohd Zaidi Saman memimpin solat hajat memohon dihindari wabak influenza di negeri Johor

Advertisement

JOHOR BAHRU, 17 JAN: Lebih 1,000 umat Islam mendirikan solat hajat di Masjid Sultan Abu Bakar, di sini bagi memohon dihindari dari wabak Influenza yang melanda Johor baru-baru ini.

Solat hajat itu didirikan sebaik sahaja selepas tamat solat fardu Jumaat hari ini yang diimamkan oleh Imam Kanan Masjid Sultan Abu Bakar, Mohd Zaidi Saman.

Dalam pada itu, Mohd Zaidi berkata, solat hajat yang didirikan itu adalah bagi mendapatkan perlindungan, keselamatan dan kesejahteraan daripada Allah SWT agar seluruh rakyat di negeri Johor terhindar dari penyakit bawaan tersebut.

Advertisement

“Kita perlu banyak berzikir kepada Allah SWT dan mendekatkan diri selain memohon restu, mudah-mudahan Allah akan menghindarkan kita dari perkara-perkara tersebut.

“Kita memohon dan menyerah kepada Allah. Kerana Dia yang memiliki keselamatan, ke’afiatan, kesejahteraan dan kebaikan yang akan dikembalikan semula kepada-Nya juga.

“Melalui doa, kita berharap terhindar dari segala bentuk, bahkan apa-apa juga musibah yang lain, khususnya (penyakit) yang sedang menimpa kita ini,” katanya.

Advertisement

Sementara itu, beliau menasihatkan agar masyarakat perlu sentiasa peka dan bukan sahaja ketika menularnya wabak penyakit seperti influenza.

“Kerana itu kita kena sentiasa rapat dengan masjid dan mendekatkan diri dengan Allah, apatah lagi Dia akan selalu menguji hamba-hambanya,” katanya lagi.

Hari ini seluruh masjid dan surau kariah di negeri Johor diarahkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) melalui pengarahnya, Datuk Md Rofiki Shamsudin bagi melaksanakan solat sunat hajat tersebut.

Advertisement

Ini berikutan menularnya penyakit influenza minggu lalu dan dilaporkan seramai 89 murid di Johor disyaki dijangkiti wabak tersebut.

Jangkitan itu membabitkan murid di enam daerah di negeri ini dari prasekolah sehingga pelajar tingkatan empat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top