BM | EN | 中文

Lawatan mesra PH Simpang Renggam fokus masalah rakyat

maszlee-simpang-renggam.jpg
Advertisement

SIMPANG RENGGAM, 8 JUL: Pakatan Harapan (PH) Simpang Renggam mengadakan program lawatan mesra ke sekitar kawasan parlimen tersebut bagi meninjau permasalahan berbangkit.

Menurut Ketua PH kawasan Simpang Renggam, Muhamad Said Jonit berkata selain meninjau permasalahan dihadapi rakyat, lawatan juga bertujuan mengeratkan hubungan antara pemimpin dan rakyat.

“Kita mahu penyokong dan rakyat bersama-sama membantu membangunkan Simpang Renggam sekaligus mencapai kata sepakat ke arah yang lebih baik.

Advertisement

Muhamad Said Jonit (dua dari kanan) dan Dr Maszlee meninjau perkembangan projek landasan kereta api elektrik berkembar Gemas-Johor Bahru (PLEBGJB) di Simpang Renggam

“Program ini dijalankan tanpa protokol. Sudah menjadi kebiasaan pemimpin PH untuk bergaul bersama masyarakat tanpa ada sebarang jurang.

“Kita juga turut melawat ke kawasan tapak pelupusan ladang CEP Simpang Renggam untuk memantau serta mendapatkan taklimat mengenai tapak pelupusan tersebut.

“Sebelum ini pun kami telah memperjuangkan isu ini dan telah berjaya merangka penyelesaian pada kadar segera.

Advertisement

“Pada sebelah petang pula, rombongan kami ke Kampung Tengah dan satu taklimat diadakan berkenaan dengan projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru. Pertemuan ini juga mendapat kata putus yang positif,” kata Muhamad Said.

Beliau yang juga Adun Mahkota berkata program sebegini telah lama dipraktikkan oleh wakil-wakil rakyat PH.

“Walaupun dalam keadaan politik yang tidak menentu, kita terus berkhidmat demi kebaikan rakyat di negara ini.

Advertisement

“Matlamat kami hanya untuk melihat kesejahteraan rakyat terlaksana selari pegangan PH di Simpang Renggam iaitu ‘kebajikan rakyat adalah lebih utama daripada perjuangan dan kesenangan peribadi’,” katanya lagi.

Lawatan turut dihadiri Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik serta jentera PH Simpang Renggam.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top