BM | EN | 中文

LAWATAN KELUARGA DIRAJA JOHOR BERI SEMANGAT BUAT PESAKIT KANSER

IMG-20191130-WA0023.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 30 NOV: Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah dan Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Al-Haj Sultan Ibrahim berkenan melawat pesakit kanser di Hospital Sultan Ismail (HSI), di sini, baru-baru ini.

Menurut satu kiriman yang dimuat naik di laman Facebook rasmi keluarga DiRaja Johor, The Royal Press, seramai 74 pesakit termasuk kanak-kanak yang sedang menerima rawatan di hospital itu menerima kunjungan terebut.

Lawatan tersebut diadakan bersempena Hari Ulang Tahun Keputeraan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertujuan untuk menyuntik semangat kepada pesakit-pesakit kanser di situ.

Advertisement

Pengarah hospital tersebut Dr Azizah Riduan yang mengiringi keberangkatan tiba keluarga diRaja berkata, lawatan tersebut telah memberikan semangat baru kepada pesakit dan pekerja di situ.

Pada lawatan tersebut, Raja Zarith dan Tunku Idris turut berkenan meluangkan masa selama sejam untuk beramah mesra bersama pesakit dan keluarga sebelum menyampaikan sumbangan.

“Hubungan yang erat antara keluarga DiRaja Johor bersama rakyat sentiasa menjadi tunjang perpaduan bangsa Johor,” kiriman tersebut dipetik.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top