BM | EN | 中文

Lawatan ke muzium, ‘indoor busking’ dan aktiviti perikanan rekreasi dibenarkan

muzium-kota-tinggi.png

Gambar Ehsan 'Percutian Menarik Di Malaysia'

Advertisement

KUALA LUMPUR, 8 JUN: Selaras Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan atau PKPP, beberapa aktiviti komersil dan rekreasi akan dibuka semula dengan pematuhan kepada prosedur operasi standard (SOP).

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusannya semalam berkata, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan berakhir pada 9 Jun dan digantikan PKPP yang bermula pada 10 Jun hingga 31 Ogos 2020.

Rumah rakit memancing di Pasir Gudang / Gambar Ehsan Chalet Terapung Kong Kong

“Termasuk dalam senarai yang dibenarkan juga ialah lawatan ke muzium, indoor busking, dobi layan diri, aktiviti perikanan rekreasi termasuk kolam pancing komersial dan penggambaran filem.

Advertisement

“Selain itu, aktiviti komersial yang melibatkan urus niaga jualan dan pemasaran bukan dalam premis perniagaan juga dibenarkan,” katanya.

Tambah beliau mesyuarat dan bengkel juga dibenarkan dengan syarat mematuhi sepenuhnya protokol kesihatan dan mengoptimumkan ruang.

Katanya, dalam tempoh pemulihan menuju normalisasi ini, beberapa aktiviti dan sektor di dalam senarai negatif semasa PKPB akan dilonggarkan atau dibuka berdasarkan SOP yang ditetapkan.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top