BM | EN | 中文

LAWATAN KE MESIR DAN JORDAN, PERKUKUH JALINAN MARSAH DENGAN UNIVERSITI AL-AZHAR-MB JOHOR

sahruddin-jamal-banjir-1.jpg

Dr Sahruddin ketika mengadakan lawatan ke antara Pusat Pemindahan Sementara (PPS) banjir di Johor

Advertisement

JOHOR BAHRU, 19 DIS : Kerajaan negeri diketuai Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal bersama delegasi Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) kini dalam lawatan kerja rasmi ke Mesir dan Jordan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Menteri Besar Johor, lawatan kerja ini adalah satu daripada komitmen Johor untuk memperkasa pendidikan Islam di negeri ini melalui kerjasama yang terjalin antara Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH), Universiti Al-Azhar dan universiti-universiti di Jordan.

“Antara pengisian lawatan ini adalah pertemuan bersama Rektor Universiti Al-Azhar bagi membincang dan menambah baik jalinan kerjasama pendidikan dalam rangka menyediakan laluan lanjutan pengajian bagi pelajar-pelajar lepasan MARSAH ke universiti berkenaan.

Advertisement

“Untuk makluman, kerjasama antara MARSAH iaitu institusi pendidikan yang bernaung di bawah MAINJ dan Universiti Al-Azhar telah terjalin sejak tahun 1997.

“Justeru, lawatan ini adalah kunjungan dan lawatan kerja kali pertama kerajaan negeri di bawah pimpinan saya bagi memperkukuhkan jalinan silaturrahim yang sedia terjalin,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan tersebut sebagai mengulas isu dakwaan sesetengah pihak berkenaan kewajaran lawatan ini dilakukan ketika Johor sedang menghadapi bencana banjir.

Advertisement

Untuk makluman lawatan kerja tersebut sudah dijadualkan lebih awal sebelum bencana banjir berlaku.

Ia turut disertai oleh Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar Negeri Johor, Tosrin Jarvanthi.

Turut bersama-sama menyertai lawatan ini adalah Penasihat MAINJ, Datuk Dr Noh Gadot; Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ), Datuk Md Rofiki A Shamsudin; Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad serta barisan pegawai-pegawai MAINJ.

Advertisement

Menurut kenyataan itu lagi, kemuncak kepada lawatan kerja berkenaan adalah Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) dengan universiti-universiti di Jordan.

“Selain itu, lawatan kerja ini membuka peluang kepada kerajaan negeri yang baharu untuk bertemu dengan pelajar-pelajar Johor di kedua-dua negara,” katanya.

Pada lawatan itu, Dr Sahruddin dan delegasi rombongan akan bertemu dengan Anak Johor di sana bagi menyelesaikan beberapa isu melibatkan soal kemudahan, kebajikan serta keselesaan pelajar-pelajar Johor di Mesir dan Jordan.

Advertisement

Beliau turut dijadualkan mengadakan kunjungan hormat ke atas Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah serta Kedutaan Besar Malaysia di Jordan.

Dalam pada itu, mengenai bencana banjir yang sedang melanda Johor, Dr Sahruddin sebelum ini telah melakukan tinjauan udara bersama Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor, Datuk Yahaya Madis.

Pihak Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana sama ada di peringkat negeri mahupun daerah juga telah menyelaras segala keperluan dan memastikan semua berada dalam keadaan siap siaga serta sentiasa memberikan maklumat terkini secara terus kepada Menteri Besar Johor.

Advertisement

Menteri Besar Johor juga itu sentiasa mengikuti rapat situasi banjir di negeri ini, malah memantau perkembangan dari masa ke masa.

Mengikut laporan, trend bencana banjir di Johor juga sudah menunjukkan penurunan yang mana sehingga jam 8 pagi tadi, sejumlah 2,669 mangsa direkodkan berbanding 9,151 mangsa yang dicatatkan pada Isnin lepas.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top