BM | EN | 中文

Lawan kanser dengan Peka B40 dan Program Kad Sihat Johor

aminolhuda12.jpg

Aminolhuda ketika berucap pada Majlis S4CF Sempena Hari Kanser Sedunia 2020, hari ini.

Advertisement

JOHOR BAHRU, 20 FEB: Exco Kesihatan, Pendidikan dan Sumber Manusia, Aminolhuda Hassan menyeru orang ramai agar mengambil peluang mencegah kanser melalui inisiatif disediakan kerajaan seperti Skim Peduli Kesihatan Untuk Kumpulan B40 (Peka B40) dan Program Kad Sihat Johor.

Aminolhuda ketika berucap merasmikan Majlis Strive For Cancer Fighters (S4CF) sempena Hari Kanser Sedunia 2020, di sini pagi tadi turut menyatakan kebimbangannya terhadap tahap penyakit tersebut di negeri ini.

“Kanser merupakan penyebab kedua kematian tertinggi di Malaysia dan telah meragut 16,000 nyawa sehingga 2018.

Advertisement

“Lebih membimbangkan,Johor mencatat kes kanser tertinggi iaitu 25,460 kes berbanding negeri-negeri lain di Malaysia,”katanya pada majlis itu.

Oleh demikian katanya, mayarakat harus mengambil peluang menjalani saringan awal kanser secara berkala melalui inisiatif kesihatan yang sedia ada seperti Peka B40 yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan.

Manakala khusus bagi rakyat Johor pula, perkhidmatan pemeriksaan kesihatan melalui program Kad Sihat Johor yang dilaksanakan.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top