BM | EN | 中文

Latihan pengungsian bangunan BSI dan JB Sentral, tingkatkan keberkesanan pentadbiran

gmbr-ihsan-polis-daerah-selatan.jpg

Situasi cemas penangkapan suspek lelaki' yang meletakkan bom di dalam sebuah beg di bangunan BSI (gambar ehsan Facebook Polis Ibu Pejabaf Polis Daerah Selatan)

Advertisement

JOHOR BAHRU, 21 DIS: Bagi menguji keberkesanan perintah tetap operasi pengungsian bangunan untuk jabatan-jabatan utama di bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan JB Sentral di sini,  dijalankan baru-baru ini.

Antara tujuan dan skop latihan tersebut adalah meningkatkan keberkesanan kakitangan BSI serta pasukan penyelamat dan bantuan bertindak ketika berlakunya kecemasan.

Pada latihan tersebut, turut diadakan ‘penangkapan suspek lelaki’ yang meletakkan bom di dalam sebuah beg di bangunan tersebut.

Advertisement

Senario kejadian itu bertujuan untuk menguji para petugas bertindak  sekiranya berdepan situasi kecemasan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, latihan itu juga bertujuan menguji keberkesanan latihan pengendalian bencana mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) pengendalian pengurusan krisis dan bencana bangunan.

“Latihan yang menglibatkan 21 jabatan itu adalah untuk menambah kesiap siagaan peralatan keselamatan dalam bangunan yang boleh digunakan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Advertisement

Beliau berkata, latihan tahunan itu akan memberikan juga keberkesanan terhadap pengendalian dan pentadbiran bencana oleh ketua-ketua jabatan di bangunan tersebut.

“Seramai 1,804 orang dari kakitangan kerajaan, syarikat dan orang awam telah terlibat dalam sesi latihan pada tahun ini,” katanya yang juga merupakan komander pegawai keselamatan BSI.

Tambahnya lagi, latihan tahunan tersebut adalah bagi memastikan petugas-petugas dan pengguna di bangunan BSI untuk mengetahui peranan masing-masing semasa berlaku kecemasan mengikut arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN 18, 20 dan 21).

Advertisement

Jelasnya lagi, penambahbaikan secara berterusan akan dilakukan bagi memastikan keselamatan di BSI dan juga daerah Johor Bahru Selatan sebagai tempat yang selamat dikujungi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top