BM | EN | 中文

Larkin Sentral kembali beroperasi secara berperingkat dalam tempoh PKPB

IMG-20200506-WA0011.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 6 MEI: Terminal Bas Larkin Sentral telah kembali beroperasi secara berperingkat bermula Isnin lalu, selari dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur negeri, Mohd Solihan Badri berkata, langkah itu bagi menampung keperluan pengguna bas yang akan meningkat.

Katanya, hal itu kerana sebahagian besar masyarakat akan kembali bekerja selain pihak yang mahu pulang selepas terkandas di kampung halaman.

Advertisement

“Pengoperasian semula ini bagaimanapun tidak membabitkan perkhidmatan bas rentas sempadan antara Johor dan Singapura.

“Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada 18 Mac lalu, operasi bas ekspres hanyalah pada kadar 0.8 peratus, iaitu dua atau tiga perjalanan sehari manakala bas bandar pada kadar 3 peratus, iaitu 30 perjalanan sehari,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada wartawan selepas melakukan lawatan kerja ke Terminal Bas Larkin Sentral, di sini hari ini.

Advertisement

Mohd Solihan turut memberitahu, tempahan tiket bagi tujuan pulang sempena sambutan Aidilfitri tidak dibenarkan seperti arahan dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Tambahnya, sepanjang pelaksanaan PKPB, pihaknya menjangka peningkatan perjalanan bas ekspres sebanyak 100 perjalanan sehari manakala bas bandar sebanyak 180 perjalanan sehari.

“Masyarakat yang mahu menggunakan perkhidmatan bas ekspres bagaimanapun perlu mengemukakan surat kebenaran pihak berkuasa sebelum dibenarkan membeli tiket.

Advertisement

“Kesemua pembelian tiket hanya boleh dibuat secara manual di kaunter,” ujarnya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top