BM | EN | 中文

LARKIN JADI SAKSI JDT BENAM PJ CITY FC

67690621_479528372861769_2877703129988595712_n.jpg

Photo taken from Johor Southern Tiger (JDT) Official Facebook

Advertisement

JOHOR BAHRU, 8 OGOS: Juara Liga Super Malaysia, Johor Darul Ta’zim mencatatkan kemenangan kedua berturut-turut setelah menewaskan PJ City FC 4-2 dalam aksi kedua Kumpulan B saingan Piala Malaysia di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam semalam.

Tuan rumah menguasai permainan sejak awal dan membuka jaringan seawal minit ketujuh menerusi penyerang kebangsaaan Safawi Rashid.

Walaupun terus menguasai permainan JDT hanya berjaya menambah jaringan pada awal babak kedua perlawanan akibat dari kegagalan penjaga gol pasukan pelawat, Kalamullah Al Hafiz Mat Rowi, menangkap hantaran lintang dari Afiq Fazail dari sebelah kiri, dan menghadiah gol mudah untuk Diogo Luis Santo.

Advertisement

Bagaimanapun, kesilapan bek tengah veteran JDT, Aidil Zafuan Razak pada minit ke-59 memberikan peluang untuk Washington Brandao merapatkan jurang untuk pasukan pelawat.

JDT sekali lagi dihukum akibat dari kesilapan di bahagian pertahanan pada minit ke-69 setelah kesilapan dari kapten JDT, Haris Harun memberikan ruang kepada R Barathkumar menyamakan kedudukan.

Tuan rumah bagaimanapun tidak cemas dan kembali mendahului perlawanan pada minit ke-71, dengan Santo mencatatkan gol kedua peribadinya setelah bergandingan baik dengan Safawi.

Advertisement

Impian PJ City FC untuk sekali lagi menafikan JDT di Larkin musnah pada minit ke-81 apabila Gonzalo Cabrera dengan mudah menjaringkan gol hasil umpanan Leandro Sebastian Velazquez untuk menjadikan kedudukan 4-2 yang kekal hingga tamat permainan.

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top