BM | EN | 中文

Larian Separuh Marathon Kluang promosi SUKMA 2020 dan TMJ 2020

larian-maraton.jpg

Jawatankuasa program Larian Separuh Maraton 2020 (LSM 2020) yang terdiri daripada Komuniti Harapan Malaysia (KHM) Johor Tengah Kluang, KHM Kampung Yap Tau Sah, Pejabat Pegawai Daerah Kluang, Majlis Perbandaran Kluang, Pejabat Ahli Parlimen dan DUN serta Pejabat Penerangan Daerah Kluang

Advertisement

KLUANG, 22 FEB: Larian Separuh Maraton 2020 (LSM 2020) akan diadakan di daerah ini pada 26 Julai depan bersempena Sukan Malaysia (SUKMA 2020) dan Tahun Melawat Johor (TMJ) 2020,

Larian tersebut dianjurkan oleh Komuniti Harapan Malaysia (KHM) Johor Tengah Kluang dan KHM Kampung Yap Tau Sah serta disokong oleh Pejabat Pegawai Daerah Kluang, Majlis Perbandaran Kluang, Pejabat Ahli Parlimen dan DUN serta Pejabat Penerangan Daerah Kluang.

Dalam satu kenyataan bersama jawatankuasa program tersebut berkata, LSM 2020 bertujuan memperkenalkan daerah Kluang kepada peserta-peserta daripada Malaysia dan seluruh dunia.

Advertisement

Pengerusi KHM Johor Tengah Kluang yang juga pengerusi jawatankuasa LSM 2020, Lim Ket Keong berkata, larian tersebut terbahagi kepada tiga kategori iaitu 21 kilometer, 10 kilometer dan 6 kilometer.

“Objektif larian ini adalah untuk mempromosikan Kluang bagi menarik lebih peserta daripada seluruh Malaysia malahan seluruh dunia bagi memperkenalkan daerah ini.

“Penganjurannya juga sebagai salah satu aktiviti yang dijalankan sempena SUKMA 2020 dan TMJ 2020 dan diharap dapat merangsang aktiviti ekonomi penduduk setempat,” katanya.

Advertisement

Larian separuh marathon yang julung kali diadakan ini dijadualkan bermula pada jam 5.30 pagi di Sekolah Tinggi Chung Hwa Kluang.

Pendaftaran telah dibuka mulai 19 Februari lalu dan dijangka akan ditutup pada 20 Mac ini.

Beliau berkata, jika ramai peserta berdaftar, tarikh tutupnya mungkin lebih awal kerana sudah terdapat 300 peserta menghantar borang dalam dua hari yang lepas sejak pendaftaran dibuka.

Advertisement

Tambah beliau semua langkah keselamatan telah diambil, manakala pasukan perubatan juga akan turut ditempatkan di sepanjang laluan marathon LSM 2020.

Dalam masa yang sama, penganjur menyeru pihak swasta dan orang perseorangan di daerah ini untuk tampil menaja acara larian ini bagi mempromosikan daerah Kluang.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top