BM | EN | 中文

LARIAN LAKSAMANA 2019 KUTIP RM1.1 JUTA

IMG-20191215-WA0003.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 15 DIS: Larian Laksamana 2019 – Watercolour Run #FightLikeJalil yang dianjurkan Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor berjaya mendapat kutipan amal berjumlah RM1.1 juta.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor, Noor Azmi Md Omar, program larian ini merupakan kali ketiga dianjurkan bermula pada 2017.

“Pada tahun ini, penyertaan amat memberangsangkan kira-kira 3,500 peserta termasuk dari Singapura dan negeri lain,” kata Azmi ketika ditemui di Kota Iskandar, semalam.

Advertisement

Tambah Azmi lagi, tujuan Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor menganjurkan acara ini untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai sakit kanser.

“Dalam usaha meningkatkan kesedaran, tentunya program ini menggalakkan peserta berlari sambil beramal,” katanya.

Berkenaan Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor, Azmi menjelaskan bahawa badan tersebut merupakan inspirasi daripada Almarhum Tunku Abdul Jalil.

Advertisement

“Baginda melihat perlunya satu badan yang menyalurkan bantuan kepada pejuang kanser kerana kos rawatan bagi sakit ini antara yang tertinggi.

“Bagi mereka yang kurang berkemampuan, memang agak sukar untuk menjalani rawatan.

“Jadi, dengan tertubuhnya yayasan ini, kami bergerak dan mencari dana untuk disalurkan kepada pejuang kanser,” Azmi lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top