BM | EN | 中文

LARIAN ‘I LOVE JB’ PUPUK RASA SAYANGI JOHOR BAHRU

i-love-jb-run.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 30 NOV: Seramai kira-kira 3,000 peserta menyertai Larian ‘I Love JB’ bagi menyemarakkan rasa kecintaan dan sayangi ibu negeri Johor, bandaraya Johor Bahru.

Program larian yang berlangsung pagi ini merupakan kali yang ketiga dianjurkan oleh JomRun Sdn Bhd selepas Larian Zero Miles 2019 dan Larian Colour Run 2019 dengan kerjasama Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB).

Pelepasan peserta disempurnakan oleh Datuk Bandar Johor Bahru, Datuk Adib Azhari Daud, dengan jumlah jarak keseluruhan larian sejauh lima kilometer bermula dari Dataran Bandaraya Johor Bahru dan berakhir di tempat sama.

Advertisement

“Objektif larian adalah bagi memupuk semangat cintakan Bandar Raya JB dalam kalangan warganya serta memupuk budaya gaya hidup sihat.

“Ia juga sebagai satu usaha menjadikan Bandaraya Johor Bahru sebagai lokasi Sukan Pelancongan Antarabangsa di samping dapat mempromosikan Tahun Melawat Johor 2020, menurut MBJB dalam kenyataannya.

Penganjur memaklumkan, larian ‘I Love JB’ tidak menawarkan hadiah tertentu kerana ia berkonsepkan santai dan bukannya berbentuk pertandingan.

Advertisement

Namun setiap peserta dibekalkan dengan kit larian, melalui yuran penyertaan berjumlah RM38 berserta medal ataupun RM25 (tanpa medal).

Dalam pada itu, MBJB turut memohon maaf berikutan kelewatan waktu pelepasan acara larian tersebut pagi ini.

“Kejadian ini berlaku disebabkan masalah teknikal persiapan keperluan larian di mana medal para peserta tidak dapat dibekalkan oleh pihak JomRun Sdn Bhd pada masa yang ditetapkan yang memaksa acara flag off dilewatkan berbanding tentatif awal yang ditetapkan.

Advertisement

“MBJB sebagai rakan kerjasama penganjur utama iaitu JomRun Sdn. Bhd. ingin memohon maaf di atas kesulitan yang telah timbul sewaktu program I Love JB Run yang telah berlangsung pagi tadi, di Dataran Bandaraya Johor Bahru.

“Semestinya MBJB sentiasa menyokong mana-mana pihak, termasuk pihak swasta dalam menjayakan apa-apa program yang dapat memberi manfaat kepada warga bandar raya Johor Bahru.

“Terima kasih diucapkan kepada peserta-peserta larian seramai lebih 3,000 orang yang telah hadir memberikan sokongan dan menjayakan program pagi tadi,” kenyataan tersebut dipetik.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top