BM | EN | 中文

LARIAN AMAL DIANJUR UNTUK BELI KENDERAAN TERPAKAI KEGUNAAN OKU

IMG-20191210-WA0012.jpg

KLUANG, 10 DIS: Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Sri Gemilang Dewan Undangan Negeri (DUN) Mengkibol menganjurkan Larian Mesra Komuniti Hari Orang Kurang (OKU) bagi mengumpul derma untuk membeli kenderaan terpakai bagi golongan tersebut, baru-baru ini.

Ahli penyelaras PDK Sri Gemilang, Farah berkata, pusat tersebut bermatlamat mengumpul hasil sumbangan amal daripada orang ramai untuk membeli sebuah kenderaan terpakai yang boleh menampung 11 penumpang.

Katanya kenderaan tersebut juga akan digunakan untuk membawa pelajar-pelajar OKU menyertai aktiviti luar dan kelas menjahit yang dianjurkan oleh guru-guru pusat.

“Kenderaan pusat yang digunakan kini telah berusia lebih daripada 10 tahun, sering perlukan penyelenggaran dan tidak selamat,” kata Farah.

Menurut Farah, PDK Sri Gemilang telah didirikan sejak 16 tahun lalu memberi kelas pemulihan kepada 53 pelajar berusia diantara dua hingga 33 tahun.

PDK Sri Gemilang yang dikendalikan enam guru Pendidikan Khas dan seorang penyelaras masih menerima pelajar dan difahamkan masih terdapat dua kekosongan jawatan guru.

Katanya, ibu bapa yang mempunyai anak dan memerlukan pendidikan khas digalakkan menghantarnya ke pusat tersebut.

Ia bertujuan agar anak-anak mereka belajar berdikari dan dilatih dengan kemahiran yang diperlukan, manakala para ibu bapa juga mampu menguasai cara mengajar anak mereka dengan lebih berkesan.

Sementara itu Pengerusi PDK Mengkibol En Chin berkata, melalui penganjuran program tersebut yang disokong Jabatan Kebajikan Johor dan Adun Mengkibol, Chew Chong Sin, pihak penganjur berjaya mengutip hasil sebanyak RM1,480.

“Ini merupakan kali pertama PDK Srik Gemilang mengadakan aktiviti yang terbuka kepada orang ramai berbanding dengan hanya untuk pelajar dan ibu-bapa PDK sebelum ini.

“Tujuan kami adakan Larian Mesra Komuniti demi meningkatkan kesedaran dan interaksi antara komuniti setempat dan warga OKU. Saya berasa bahawa komuniti Kluang telah cukup matang dan bersedia untuk menerima golongan OKU,” kata En Chin.

Menurutnya, selain acara larian mesra komuniti sejauh dua kilometer, PDK Sri Gemilang turut mengadakan pelbagai aktiviti lain seperti jualan amal, pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, babutan bertuah dan sukaneka.

“Semua aktiviti lain melibatkan pelajar OKU bersama orang ramai demi merealisasikan objektifm iaitu meningkatkan interaksi antara kedua-dua golongan tersebut.

“Masyarakat perlu memberi lebih banyak bantuan dan prihatin kepada golongan OKU.

“Aktiviti Hari OKU ini adalah kali pertama, tetapi kami akan adakan lebih banyak aktiviti dan berharap warga Kluang akan datang menyertai,” kata En Chin memberi jelasan yang selanjutnya.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top