BM | EN | 中文

Laporan: Rakyat harap Johor perbanyak lokasi pelancongan ‘mampu milik’

percutian-johor.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 15 MAC: Kerajaan Johor diharap memperbanyakkan lokasi tarikan pelancongan keluarga mampu milik di negeri ini sekali gus memberi peluang kepada golongan pendapatan rendah melancong.

Pandangan itu dikemukakan rakyat Johor berpendapatan rendah yang ditemui di perkarangan Zoo Johor yang ditutup kepada umum sejak 18 Oktober lalu berikutan kerja naik taraf zoo berkenaan.

My Metro melaporkan, tinjauannya di perkarangan Zoo Johor baru-baru ini mendapati ramai pengunjung yang hadir ke situ sejak awal pagi, namun mereka tidak mengetahui zoo berkenaan masih ditutup.

Advertisement

Mereka bersama anak-anak dilihat hanya memerhati haiwan dari pagar luar Zoo Johor selepas melihat notis penutupan sementara zoo berkenaan sejak 18 Oktober lalu digantung di pagar utama.

Nil Liza Omar, 34, dan suaminya, Mohd Hairi Mohd Hashim, 36, kecewa berikutan gagal mememuhi keinginan tiga anaknya bagi melawat Zoo Johor.

Nil Liza berkata, beliau dan sekeluarga datang dari Batu Pahat semata-mata bagi membawa anak mereka melawat zoo berkenaan.

Advertisement

“Sebelum ini tiga anak memang kami tidak benarkan ke mana-mana kerana wabak Covid-19 dan berjanji akan membawa ke zoo jika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat, namun selepas satu jam setengah menempuh perjalanan daripada Batu Pahat pagi tadi, anak-anak kecewa apabila Zoo Johor masih ditutup.

“Kami pun buntu mahu membawa tiga anak ke mana di pusat bandaraya kerana tiada lokasi tarikan keluarga mampu milik selain Zoo Johor yang masih mengenakan bayaran kemasukan RM2 sejak dulu,” katanya.

Sementara itu, Wan Sofi Rahim Ahmad, 28, pengawal keselamatan dari Pasir Gudang turut kecewa apabila mendapati Zoo Johor masih ditutup sementara kepada umum.

Advertisement

Katanya, beliau menyarankan kerajaan negeri memperbanyakkan lokasi pelancongan keluarga mampu milik di pusat bandaraya bagi membolehkan keluarga berpendapatan rendah turut berpeluang menyemarakkan pelancongan tempatan.

“Bagi kami keluarga berpendapatan rendah, kawasan tarikan keluarga di pusat bandaraya ini sememangnya amat berkurangan, memang ada tapi hampir kesemuanya mengenakan tiket masuk di luar kemampuan kami.

“Saya sarankan dibangunkan mini taman tema mampu milik di pusat bandaraya bagi anak-anak berpendapatan rendah dapat menikmati dan merasai pengalaman sama ada permainan mahu pun lokasi kolam renang kanak-kanak,” katanya.

Advertisement

Bagi Zulkiflee Rahmat, 45, beliau bersama isteri dan empat anaknya sanggup datang dari Muar sejak awal pagi semata-mata bagi pergi ke Zoo Johor.

“Sebelum ini saya bawa ke Zoo Melaka yang lebih dekat namun berikutan tidak boleh merentas negeri, saya datang ke Zoo Johor sejak awal pagi tadi, namun hampa berikutan ia ditutup.

“Memang benar Johor Bahru kekurangan lokasi pelancongan keluarga yang mampu milik sedangkan banyak boleh dibangunkan terutama dari segi seni budaya terutama persembahan kesenian termasuk kuda kepang dan zapin, namun ia tidak dipertontonkan kepada masyarakat di tempat umum berbanding negara jiran seperti Indonesia, yang mempunyai panggung khas bagi ditonton rakyat tempatan dan pelancong,” katanya.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top