PONTIAN, 2 NOV : Pasukan keselamatan sejak awal pagi telah bertugas untuk menjalankan kawalan bagi memastikan proses penamaan calon untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai, hari ini berjalan lancar.
JohorKini difahamkan seramai 412 pegawai dan anggota polis bertugas di sekitar Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, di sini untuk mengawal keadaan.
Pada ketika ini, dianggarkan 10,000 penyokong dari semua parti yang bertanding datang untuk memberi sokongan untuk calon masing-masing.
Namun, perarakan penyokong dari parti yang bertanding bergerak lancar dan terkawal tanpa sebarang provokasi keterlaluan.
Majoriti penyokong yang hadir dari parti Pakatan Harapan dan Barisan Nasional.
JohorKini