BM | EN | 中文

[LAPORAN LANGSUNG] PENYOKONG DAH MULA BERKUMPUL

penyokong-ph-1.jpg
Advertisement

PONTIAN, 2 NOV: Kawasan di sekitar Pusat Penamaan Calon di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim sudah dipenuhi penyokong parti bertanding bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai, sejak 7 pagi tadi.

Ratusan penyokong Pakatan Harapan mula berkumpul disekitar dewan berkenaan kira-kira setengah jam yang lalu.

Turut kelihatan Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal, yang hadir pada lebih kurang 7.20 pagi tadi.

Advertisement

Suasaana dilihat masih terkawal dengan diawasi puluhan anggota polis, dimana penyokong-penyokong PH dilihat berkumpul bagi menyemarakkan lagi suasana.

Karmaine bertanding selepas penyandang kerusi itu, Allahyarham Datuk Wira Dr Md Farid Md Rafik  yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, meninggal dunia akibat serangan jantung pada 21 September lalu.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu, Md Farid daripada Bersatu memenangi kerusi itu dengan 21,255 undi selepaskan menewaskan calon BN (MCA), Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng (20,731), calon PAS, Nordin Othman (2,962).

Advertisement


P165 Tanjung Piai mempunyai 28 Pusat Daerah Mengundi (PDM), 127 saluran dan mempunyai 52,698 pengundi termasuklah pengundi biasa, awal dan luar negara.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top