BM | EN | 中文

[LAPORAN LANGSUNG] KARMAINE TAMPAK BERSEMANGAT, BERBAJU MELAYU MERAH

karmaine-3.jpg

Oleh: Siti Nursyahidah Abu Bakar

 

PONTIAN, 2 NOV – Calon Pakatan Harapan (PH), Karmaine Sardini tampak bersemangat ketika hadir di Stadium Mini Pontian yang menjadi lokasi penyokong berkumpul.

Beliau yang tiba jam 7.40 pagi tadi segak mengenakan baju Merah teluk belanga lengkap bersampin.

Meskipun dihimpit jadual padat beberapa hari ini, Karmaine tetap tidak lekang dengan senyuman dan tenang melayan permintaan penyokong yang ingin bergambar dan bersalaman dengannya.

Malah, Karmaine turut membaca sendiri doa sebelum bergerak bersama penyokong ke pusat penamaan calon di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, di sini.

Turut hadir memberikan sokongan kepada Karmaine ialah Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal yang juga Pengarah Jentera PH PRK Tanjung Piai.

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top