PONTIAN, 2 NOV : Suasana hari penamaan calon untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, di sini, berlangsung penuh meriah.

Aksi yang ditunjukkan penyokong PH
Ini berikutan pelbagai aksi dan gelagat dapat dilihat penyokong parti-parti yang bertanding.
Kumpulan penyokong Karmaine Sardini bagi,calon Pakatan Harapan (PH) memakai baju berwarna merah sambil mengibarkan bendera merah di lokasi tidak jauh dari dewan tersebut.
Sementara kumpulan penyokong Wee Jeck Seng yang mewakili Barisan Nasional (BN) pula berbaju biru dan bersemangat melaungkan “hidup melayu, hidup barisan” diselang seli dengan lagu “Inilah barisan kita”.
Para penyokong juga turut bernyanyi sambil melaungkan nama calon dari parti masing-masing, namun keadaan masih terkawal tanpa sebarang kekecohan atau insiden tidak diingin.
JohorKini