BM | EN | 中文

Laporan kebakaran HSA perlu dibentang di Parlimen – MP Johor Bahru

Akmal_Nasir_Johor-Bahru.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 30 JUN: Ahli parlimen Johor Bahru, Akmal Nasir menggesa kerajaan membentangkan laporan susulan tragedi kebakaran Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru pada tahun 2016.

Menurut beliau jawatankuasa siasatan bebas yang ditubuhkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) diketuai bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Mohd Hishamudin yang telah mengklasifikasi laporan itu sebagai tidak sulit pada 2019.

“Hasil laporan tersebut yang dikatakan setebal 225 muka surat telah diserahkan kepada KKM pada Jun 2018.

Advertisement

“Namun, persoalan timbul apabila baru-baru ini Boo Su-Lyn, ketua pengarang berita portal kesihatan CodeBlue yang menulis artikel berkaitan laporan tersebut telah disiasat oleh pihak polis dibawah Seksyen 203A Kanun Keseksaan.

“Malah, Hishamudin Yunus, pengerusi jawatankuasa tersebut juga turut dipanggil polis bagi siasatan dibawah Akta yang sama sedangkan beliau menyatakan bahawa laporan tersebut telah diklasifikasikan tidak lagi sulit oleh kerajaan pada Oktober 2019.

“Sekiranya penulisan artikel yang diterbitkan oleh CodeBlue tidak tepat, sewajarnya laporan jawatankuasa siasatan bebas tersebut wajar dilaporkan kepada umum agar maklumat sebenar boleh diperoleh,” kata Akmal dalam satu kenyataan semalam.

Advertisement

Beliau yang juga anggota Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), berkata setiap laporan PAC yang dibentangkan akan disusuli dengan cadangan dan penambahbaikan, bersandarkan Peraturan Mesyuarat Parlimen.

“Memandangkan laporan ini telah siap sejak tahun 2018, rakyat wajar dimaklumkan apakah tindakan yang telah diambil bagi memperbaiki kelemahan dan meningkatkan kesediaan menghadapi bencana kebakaran di hospital,” katanya.

Tambah Akmal, kebakaran yang berlaku kelmarin telah disusuli dengan pembentukan jawatankuasa siasatan yang baru, namun beliau khuatir tiadanya ‘locus standi’ atau kekuatan untuk memastikan ketegasan dan kepatuhan untuk memastikan tindakan susulan diambil.

Advertisement

Beliau dalam pada itu menyambut baik pengumuman KKM berkaitan penubuhan jawatankuasa oleh bagi menjalankan siasatan, yang berlaku baru-baru ini.

Namun katanya, tindakan semak dan imbang bagi mendesak kerajaan mengambil serius keadaan soal keselamatan dan kesejahteraan perkhidmatan kesihatan negara perlu diambil.

“Saya menggesa agar pihak kerajaan dapat membentangkan dan membahaskan laporan tersebut dalam persidangan Parlimen akan datang.

Advertisement

“Pada masa yang sama, pembentangan laporan secara terbuka adalah penting supaya ada ketelusan dan akauntabiliti,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top