BM | EN | 中文

Laporan berhubung punca kematian Nur Dinie Damia akan dikeluarkan petang ini – Aminolhuda

aminolhuda-influenza.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 14 JAN: Kajian secara teliti berhubung kematian murid darjah 1, Nur Dinie Damia Muhammad Noor Ain yang disyaki dijangkiti influenza sedang dijalankan pihak hospital.

Exco Kesihatan, Pendidikan dan Sumber Manusia negeri, Aminolhuda Hassan berkata, laporan berhubung kejadian itu akan dikeluarkan petang ini.

“Buat waktu ini, punca sebenar kematian masih belum diketahui dan kajian sedang dilakukan oleh pihak hospital.

Advertisement

“Saya menasihati orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi berhubung perkara ini sementara kajian dibuat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada wartawan semasa menghadiri program di Sekolah Kebangsaan Taman Sri Pulai, di sini hari ini.

Nur Dinie Damia sebelum ini dilaporkan telah dimasukkan ke unit rawatan rapi Hospital Sultanah Aminah (HSA) sejak Jumaat lalu selepas dipercayai dijangkiti influenza.

Advertisement

Aminolhuda yang juga merupakan ADUN Parit Yaani turut mengingatkan ibu bapa untuk memastikan kesihatan anak-anak mereka.

“Ibu bapa juga diminta untuk tidak menghantar anak mereka ke sekolah sekiranya mereka menunjukkan tanda-tanda tidak sihat,” ujarnya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top