BM | EN | 中文

Laporan: 508 jemaah tabligh Johor tampil buat pemeriksaan kesihatan

Masjid-Jamek-Seri-Petaling.jpg

Masjid Jamek Seri Petaling (Gambar Ehsam FMT)

Advertisement

JOHOR BAHRU, 14 MAC: Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, jemaah tabligh dari Johor yang menghadiri perjumpaan ijtimak (perjumpaan) di Masjid Sri Petaling, Kuala Lumpur, 28 Feb lalu telah secara sukarela tampil membuat pemeriksaan kesihatan.

“Mengenai jemaah tabligh yang menghadiri perhimpunan ijtimak di Masjid Jamek Sri Petaling, Kuala Lumpur dari 27 Feb hingga 1 Mac lalu, beliau berkata sejumlah 508 jemaah terlibat di Johor sudah tampil secara sukarela melakukan pemeriksaan kesihatan bagi COVID-19,” laporan Bernama dipetik.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mendengar taklimat berhubung situasi COVID-19 di Hospital Permai di sini hari ini.

Advertisement

Katanya, terdapat 94 pesakit dirawat di Hospital Permai dengan 21 daripadanya didapati positif COVID-19.

“Terdapat 73 yang lain merupakan Pesakit Dalam Siasatan (PUI) jangkitan COVID-19 dengan 13 daripadanya adalah jemaah tabligh yang menghadiri perhimpunan ijtimak itu,” kata Dr Adham.

Ahli parlimen Tenggara itu turut menyeru mereka yang menghadiri perhimpunan itu agar melakukan pemeriksaan.

Advertisement

Terdahulu pada 12 Mac, Exco Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor Tosrin Jarvanthi berkata kesemua mereka yang terlibat dalam perhimpunan itu diminta melaporkan diri ke Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) daerah atau pejabat kesihatan daerah dengan kadar segera.

“Mana-mana kumpulan tabligh, persatuan atau wakil daripada jabatan kerajaan (jika ada), pusat-puat tahfiz atau mana-mana kumpulan dan pertubuhan yang hadir dari negeri Johor diminta melaporkan kehadiran mereka di majlis tersebut kepada pihak berkuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) Daerah dan Pejabat Kesihatan Daerah dengan segera,” kata Tosrin.

Dalam pada itu kata Dr Adham, orang ramai digesa menghormati keputusan kerajaan agar semua perhimpunan termasuk mesyuarat antarabangsa, acara sukan, sosial dan keagamaan ditangguh atau dibatalkan mengikut kesesuaian sehingga 30 April ini.

Advertisement

“Berkenaan had perhimpunan massa, kita telah pun mendengar amanat Perdana Menteri supaya tiada perhimpunan dengan keadaan sekarang, saya menggesa rakyat tidak laksanakan perhimpunan awam melebihi 50 orang pada sesuatu masa,” katanya sambil menasihati orang ramai supaya sentiasa mengamalkan kebersihan diri, terutama mencuci tangan.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top