BM | EN | 中文

Lapor kegiatan buang sampah haram, Majlis Perbandaran Selayang tawar ganjaran tunai

majlis-perbandaran-selayang-MPS.jpg
Advertisement

SHAH ALAM, 10 FEB: Majlis Perbandaran Selayang (MPS) menawarkan ganjaran wang tunai sebanyak RM350 kepada individu yang melaporkan kegiatan pembuangan sampah haram di kawasan pentadbirannya.

Yang Dipertua MPS, Shamsul Shahril Badliza Mohd Noor berkata tindakan itu dilakukan bagi membantu pihak berkuasa tempatan memerangi aktiviti tidak bertanggungjawab daripada terus berleluasa.

“Untuk mengalakkan masyarakat menjadi mata dan telinga pihak berkuasa tempatan, individu yang melaporkan aktiviti pembuangan sampah haram kepada MPS akan diberi ganjaran.

Advertisement

“Tetapi dengan syarat dengan maklumat tersebut, ia akan membantu hingga tertangkapnya individu yang membuat kesalahan,” katanya, lapor SelangorKini.

Menurut kenyataan MPS, orang ramai boleh menghubungi Jabatan Penguatkuasa dan Keselamatan MPS ditalian 03-61266009 dan 03-61266038.

Sepanjang tahun lalu, sebanyak 22 tapak pembuangan sampah haram berjaya dikesan oleh MPS dan 57 kompaun dikeluarkan.

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top