BM | EN | 中文

Lapor jika ditawar dorongan lompat parti – SPRM

Datuk-Seri-Shamshun-Baharin-Mohd-Jamil-SPRM.jpg

Datuk Seri Shamshun Baharin Mohd Jamil (Gambar Ehsan NSTP)

Advertisement

JOHOR BAHRU, 16 MAC: Ahli politik perlu bersikap lebih berani melaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), sekiranya mereka ditawarkan sebarang dorongan untuk melompat parti.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Seri Shamshun Baharin Mohd Jamil berkata, tidak ramai ahli politik yang tampil melaporkan kepada SRPM sebaliknya dilihat lebih gemar menyebarkan hal tersebut.

“Berkenaan lompat parti ini, jika mereka itu sekadar ubah pendirian tidak mengapa. Namun sekiranya mempunyai dorongan, pihak berkaitan diminta laporkan kepada SPRM untuk siasatan lanjut dilakukan.

Advertisement

“Siapa pun boleh lompat, sama ada lompat kijang atau lompat jauh, itu terpulang.

“Tetapi isu kita adakah yang melompat itu menerima rasuah, ada yang hendak ubah pendirian sahaja, atau dia ditawarkan, itu yang kita ambil kira,” katanya, lapor Sinar Harian.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar Majlis Pelancaran CPP ( Cakera Padat Pencegahan) di Ibu Pejabat SPRM Johor di Tampoi di sini, semalam.

Advertisement

Shamsun Baharin menegaskan, jika ahli politik ditawarkan dorongan supaya melompat parti, mereka perlu ke SPRM untuk melaporkan perbuatan tersebut tanpa perlu menghebahkan perkara itu terlebih dahulu.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top