BM | EN | 中文

Lapan warganegara China negatif coronavirus

DSC_6930-scaled.jpg
Advertisement

KULAI, 24 JAN: Kesemua lapan warganegara China yang berasal dari Wuhan disahkan negatif wabak coronavirus selepas menjalani ujian saringan kesihatan, hari ini.

Exco Pendidikan, Kesihatan dan Sumber Manusia negeri, Aminolhuda Hassan berkata, keadaan kesihatan mereka bagaimanapun akan dipantau selama 14 hari.

Katanya, semalam pihak Kementerian Kesihatan Singapura memaklumkan Kementerian Kesihatan Malaysia bahawa pesakit yang disahkan menghidap coronavirus di negara itu mempunyai kenalan rapat di negeri ini.

Advertisement

“Ekoran maklumat tersebut, Jabatan Kesihatan Negeri Johor mengesan mereka sebelum mengehadkan pergerakan dan melakukan ujian saringan kesihatan.

“Alhamdulillah, ujian yang dibuat mendapati kesemua mereka negatif daripada jangkitan itu. Walaupun kita akan terus pantau mereka selama 14 hari,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar yang di Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim, di sini hari ini.

Advertisement

Lapan warganegara China yang melibatkan empat dewasa dan empat kanak-kanak itu kini dihadkan pergerakan mereka di sekitar hotel yang diinap untuk pemantauan dibuat.

Tambah beliau, keputusan negatif tersebut menyaksikan tiada sebarang kes membabitkan jangkitan coronavirus yang dikesan di negeri ini.

“Masyarakat juga diminta untuk tidak berasa bimbang kerana setiap pintu masuk ke negeri ini sama ada laluan darat, laut dan udara dipantau dengan ujian saringan kesihatan.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top