BM | EN | 中文

Lapan teras utama garap misi perjuangan – Ketua AWAN Johor

Nor-Hayati-Bachok-Adun-Maharani.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 10 OKT: Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Johor, terus komited serta meningkatkan momentum perjuangan dalam suasana penuh mencabar ketika ini.

Menurut Ketua AWAN Johor, Nor Hayati Bachok, beliau menyeru semua ahli mengamati semula visi dan misi AWAN agar masing-masing tidak lupa dan kekal jelas dengan matlamat penubuhan sayap Parti Amanah Negara (AMANAH) itu.

Katanya, visi AWAN sebelum ini adalah dengan memastikan Parti Amanah menjadi parti Islam utama di Malaysia sehingga wujudnya sebuah negara yang adil, beramanah dan rahmah untuk semua.

Advertisement

“Manakala untuk misi AWAN pula, memposisikan kepimpinan AWAN sebagai pemimpin wanita utama bagi mencapai 30 peratus wanita di peringkat pembuat dasar kerajaan dan parti.

“Kedua, mengarus perdanakan parti melalui peranan kepimpinan wanita di semua peringkat parti dan yang ketiga membina kepimpinan serta masyarakat berakhlak mulia, beramanah dan berjiwa rahmah (RAKYAT).

“Inilah visi dan misi kita yang seharusnya mendukung prinsip, nilai, corak pemikiran, hubungan dan gerak kerja kita walau apa jua keadaan. Kita tidak sesekali berganjak dengan prinsip kita ke arah mewujudkan sebuah negara yang adil, beramanah dan rahmah untuk semua,” katanya.

Advertisement

Beliau yang merupakan Adun Maharani memberi analogi sebuah kapal di mana visi dan misi adalah kompas serta jangkar (sauh) bagi memastikan pelayaran itu sampai ke matlamatnya.

Tambahnya lagi, biar apa pun yang terjadi hala tuju yang ingin dibawa mestilah berfokus dan tidak tersasar dari matlamat yang diinginkan.

“Apabila hati kita telah memiliki kompas iaitu minda bawah sedar dan percaya diri bahawa kita akan menjadi pemenang dan mencapai tujuan, maka apa pun yang terjadi maka kita akan tetap menuju kepada impian yang kita ciptakan.

Advertisement

“Di samping itu, penghayatan terhadap lapan nilai utama (core values) AWAN juga merupakan pemangkin yang penting dalam mencorak gaya pemikiran dan gerak kerja kita di setiap peringkat.

“Lapan teras utama ini dalam menyatakan sikap dan penglibatan kita dalam sebarang program.

“Antaranya, keimanan dan ketaqwaan, berakhlak mulia, intergriti, berfikiran futuristik dan ke hadapan, ketahanan fizikal, mental dan emosi, bersikap proaktif dan komited, bersifat empati dalam berkhidmat, sifat rahmah dan berkasih sayang,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top