BM | EN | 中文

Lapan stesen bacaan udara di Johor rekod catatan baik

kulai-kota-tinggi.jpg

Gambar yang dirakam menggunakan kamera biasa di jalan antara daerah Kulai dengan Kota Tinggi

Advertisement

JOHOR BAHRU, 27 APR: Indeks Pencemaran Udara (IPU) di lapan buah stesen bacaan udara di Johor merekodkan bacaan baik, iaitu pada kadar di bawah 50.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan yang memetik Jabatan Alam Sekitar (JAS) berkata, sehingga jam 9 pagi ini stesen Tangkak menunjukkan bacaan IPU (23) diikuti Segamat, (39); Batu Pahat, (16); Kluang, (15); Larkin (35); Pengerang, (32) dan Kota Tinggi, (31).

Manakala Pasir Gudang turut mencatatkan rekod bacaan yang baik iaitu pada kadar 28.

Advertisement

Indeks Pencemaran Udara (IPU) merupakan suatu kaedah umum dan termudah untuk menghuraikan status kualiti udara di Malaysia.

IPU merupakan salah satu cara untuk mengetahui tahap kualiti udara melibatkan pengukuran kuantiti zarah halus berbahaya seperti karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. Pengelasan tahap kualiti udara mengikut IPU adalah seperti berikut:

Pengkelasan tahap kualiti udara mengikut IPU adalah Baik (0-50), Sederhana (51-100), Tidak sihat (101-200), Sangat tidak sihat (201-300), Berbahaya (301-400) dan Sangat berbahaya (401-500)

Advertisement

Manakala tahap Kecemasan apabila kadar bacaan melebihi 501 dan perintah berkurung atau darurat boleh diumumkan oleh kerajaan.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top