BM | EN | 中文

Lapan rakyat Indonesia menyusup ke Malaysia ditahan dekat Desaru

Lapan-rakyat-Indonesia-menyusup-ke-Malaysia-ditahan-dekat-Desaru.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 22 SEPT: Lapan rakyat Indonesia yang menyusup masuk ke negara ini berjaya diberkas selepas pasukan keselamatan yang meronda di perairan Johor awal pagi semalam terdengar bunyi bot dinaiki mereka.

Lapan pendatang tanpa izin terdiri daripada enam lelaki dan dua wanita berusia antara 18 hingga 49 tahun itu memasuki negara ini menerusi pesisir pantai Kompleks Rakan Muda, Desaru Johor.

Kesemua mereka ditahan selepas ditemukan bersembunyi di dalam hutan berhampiran dan pihak berkuasa turut merampas pelbagai jenis mata wang serta 10 telefon bimbit yang kesemuanya dianggar bernilai RM7,930.

Advertisement

Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia, Kem Terendak Melaka dalam kenyataan semalam memaklumkan mereka yang baru tiba dari Indonesia itu dikesan anggota petugas Pos Kawalan yang mendengar bunyi bot di lokasi itu.

“Berikutan itu kumpulan Pasukan Atur Gerak Cepat (QRF) telah diatur gerak dan hasil penjejakan daripada kesan tapak kaki sekitar pesisir menuju ke arah hutan pada jarak 400 meter dari lokasi Pos Kawalan telah berjaya mengesan kedudukan pendatang tanpa izin itu,” jelas kenyataan itu.

Kesemua mereka yang ditahan menerusi Op Benteng itu dihantar ke Markas Taktikal Tanjung Sepang di sini untuk siasatan serta pemeriksaan dan saringan COVID-19 sebelum diserah kepada Jabatan Imigresen.

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top