BM | EN | 中文

Lapan motosikal musnah dalam kebakaran rumah teres di Taman Universiti

kebakaran-rumah-12.jpg

Kesan kebakaran yang berlaku di rumah teres berkenaan.

Advertisement

SKUDAI, 5 JAN : Sebanyak lapan buah motosikal terbakar dalam kejadian kebakaran di sebuah rumah teres di Jalan Kemuliaan 38, Taman Universiti, kelmarin.

Ketua Balai Bomba Penyelamat (BBP) Skudai, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohamad Riduan Akhyar berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian pada jam 8.25 malam.

Katanya, seramai 13 anggota dengan sebuah jentera dan kenderaan EMRS diarahkan ke lokasi kejadian manakala seramai lapan anggota dari balai bantuan BBP Iskandar Puteri turut membantu dalam operasi itu.

Advertisement

“Kejadian berkenaan melibatkan sebuah rumah teres jenis kekal di mana kebakaran melibatkan ruangan bilik, dapur rumah dan lapan buah motosikal.

“Kenderaan yang terbakar adalah tiga buah jenis RXZ, sebuah Honda EX5, sebuah RG Sport, sebuah jenis Bently, sebuah jenis Gamma dan Honda C70.

“Kebakaran mengakibatkan kemusnahan 60 peratus bahagian rumah dan 90 peratus kenderaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Advertisement

Tambahnya, tindakan operasi pemadaman menggunakan satu aliran salur bantu mula serta satu aliran 200 kaki dua pancutan sumber air pili bomba berhampiran.

Jelasnya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan, punca serta anggaran masih dalam siasatan dan operasi ditamatkan pada jam 9.28 malam.

 

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top