BM | EN | 中文

Lapan menteri dari Johor perlu gesa kerajaan laksana transformasi jaringan pengangkutan

jalan-muar-batu-pahat.jpg

Gambar Hiasan

Advertisement

JOHOR BAHRU, 2 JAN: Seramai lapan anak Johor menteri dan timbalan menteri di peringkat Persekutuan perlu memainkan peranan untuk menggesa kerajaan Persekutuan melaksanakan segera langkah transformasi jaringan infrastruktur pengangkutan di negeri Johor.

Wakil-wakil rakyat Adun DAP Johor dalam satu kenyataan berkata, kerajaan perlu didesak untuk merancang dan melaksanakan langkah menaiktaraf di jaringan infrastruktur sedia ada dalam meningkatkan kecekapan logistik dan kesalinghubungan ekonomi serantau.

Menurut kenyataan bersama itu, infrastruktur pengangkutan di jajaran projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR) yang dibatalkan agak terkebelakang dan secara tidak langsung merencatkan usaha untuk mengembangkan perusahaan kecil dan sederhana (IKS).

Advertisement

Manakala daya tarikan utama projek HSR adalah menjimatkan masa pengangkutan penumpang melalui pengenalan sistem pemeriksaan rentas sempadan bersepadu (joint boundary clearance).

Ia katanya sekaligus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negeri Johor yang pesat.

“Lantaran itu, jaringan infrastruktur pengangkutan negeri Johor perlu disegerakan bagi memenuhi keperluan pertumbuhan ekonomi.

Advertisement

“Laluan Persekutuan 5 dan Lebuhraya Utara- Selatan dua lorong di negeri Johor kebanyakannya tidak lagi mampu menampung keperluan malah merencatkan pengurusan logistik akibat perlu menghadapi masalah kesesakan yang serius.

“Umum juga perlu ketahui bahawa sebarang penjajaran semula projek HSR tanpa melibatkan Singapura dan berakhir di Johor Bahru dibimbangi bakal menjadi projek gajah putih kerana tiada sebarang daya tarikan dan impak ekonomi serantau,” menurut kenyataan tersebut.

Kenyataan bersama itu dikeluarkan Tan Hong Pin (Skudai), Chew Chong Sin (Mengkibol), Yeo Tung Siong (Pekan Nenas), Ng Yak Howe (Bentayan) dan Gan Peck Cheng (Penggaram).

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top