BM | EN | 中文

Lapan lot kedai di Endau musnah dalam kebakaran

kebakaran-endau-lapan-kedai.jpg

Gambar Ehsan FB Komuniti Johor

Advertisement

MERSING, 1 OGOS: Lapan unit lot kedai di stesen bas Jalan Bulang, Kampung Tanjong, Endau di sini musnah dalam kebakaran, awal pagi semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Endau Penolong Penguasa Bomba Mohd Alias Hussin berkata Pusat Gerakan Operasi Negeri Johor menerima laporan kejadian itu pada 3.55 pagi sebelum 14 anggota dikejarkan ke lokasi.

Beliau berkata dua jentera ‘Fire Rescue Tender’ (FRT) dan satu jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari BBP Endau dan BBP Mersing turut dihantar ke tempat kejadian.

Advertisement

“Kebakaran tersebut melibatkan lapan unit lot kedai yang telah kosong dan ditinggalkan yang mengakibatkan kemusnahan 80 peratus, manakala sebuah motosikal yang tidak diketahui jenis dan nombor pendaftaran turut terbakar 90 peratus.

‘Bagaimanapun kebakaran tersebut tidak melibatkan mangsa. Punca kebakaran dan nilai kerugian masih dalam siasatan7 katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Menurut beliau operasi pemadaman ditamatkan pada jam 5 pagi.

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top