BM | EN | 中文

Lapan lagi pemain badminton di ABM positif Covid-19

Akademi-Badminton-Malaysia-ABM.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 23 APR: LAPAN pemain pelapis badminton kebangsaan didapati positif Covid-19 selepas ujian saringan dijalankan di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Selasa lalu setelah enam pemain diuji positif virus tersebut minggu lalu.

Setiausaha Agung Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Kenny Goh berkata, tindakan pantas telah diambil bagi mengekang penularan wabak berkenaan berdasarkan cadangan Kementerian Kesihatan dan Institut Sukan Negara (ISN).

Menurut Kenny, kesemua 14 pemain yang dijangkiti virus itu telah dihantar ke pusat kuarantin sementara selebihnya yang dikategorikan sebagai kontak rapat juga telah diasingkan.

Advertisement

“Kira-kira 91 individu terdiri daripada pemain, jurulatih dan kakitangan sokongan akan menjalani satu lagi sesi ujian saringan esok (Sabtu) dan kami berharap tiada lagi kes positif. Nasib baik, tidak ada pemain elit yang positif pada masa ini.

“Namun, kami akan terus memantau gejala dan kesihatan pemain. Kami juga akan memastikan prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi setiap masa,” kata Kenny ketika dihubungi sambil menambah bahawa ABM telah beberapa kali disanitasi sejak seminggu lepas sebagai langkah berjaga-jaga,

Minggu lalu, BAM memaklumkan bahawa latihan berasaskan kuarantin akan diperkenalkan semula di pusat kecemerlangan badminton negara itu berikutan jangkitan virus tersebut manakala aktiviti persekolahan akan dijalankan secara dalam talian.

Advertisement

Bernama

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top