BM | EN | 中文

Lapan kebun komuniti di Kuala Selangor, Sekinchan terima bantuan peralatan RM40,000

Lapan-kebun-komuniti-Kuala-Selangor-terima-bantuan-peralatan-RM40000.jpg

Exco Permodenan Pertanian dan Industri Asas Tani Selangor, Ir Izham Hashim, meninjau tanaman sayur kebun komuniti ketika Program Penyerahan Bantuan Pakej Kita Selangor 2.0 kepada kebun komuniti di Taman Sekinchan Jaya, sabak Bernam pada 18 Oktober 2021 (Gambar Ehsan SelangorKini)

Advertisement

TANJONG KARANG, 20 OKT: Kerajaan Selangor menyalurkan bantuan berjumlah RM40,000 kepada lapan kebun komuniti di Kuala Selangor dan Sekinchan sebagai galakan mengusahakan pelbagai jenis tanaman.

Bantuan peralatan RM5,000 termasuk bahan input seperti benih, baja organik dan cuka kayu memanfaatkan kebun komuniti Taman Sri Setia, Saujana Utama Fasa 3, Jawatankuasa Penduduk Taman Yayasan serta Kejiranan Penduduk Fasa 2.

Exco Pemodenan Pertanian dan Asas Tani , Ir Izham Hashim memaklumkan bantuan melalui Pakej Kita Selangor 2.0 turut diberi kepada kebun komuniti Taman Sekinchan Jaya, Taman Muhibbah, Taman Padu Permai dan Taman Pertama.

Advertisement

“Pembelian peralatan diurus KoHijrah (Koperasi Warga Hijrah Selangor Berhad) yang telah mengenal pasti keperluan kebun komuniti berkenaan. Jadi, kita beri kepada mereka dengan harapan agar terus bergiat aktif dalam bidang pertanian.

“Bantuan ini merupakan komponen penting kepada jaminan bekalan makanan kerana projek pertanian dibangunkan atas tanah terbiar yang lapang dan sesuai mampu menyumbang kepada pengeluaran sayuran serta buah-buahan,” katanya, lapor SelangorKini.

Beliau ditemui pada program penyerahan bantuan tersebut di Dewan Terbuka Taman Sri Setia di sini yang turut dihadiri wakil rakyat Sekinchan Ng Suee Lim dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Selangor Rahilah Rahmat.

Advertisement

Ir Izham juga mempelawa mana-mana kebun komuniti diurus bawah pihak berkuasa tempatan (PBT) memohon bantuan bahan input bagi memajukan hasil tanaman masing-masing.

“Saya yakin dengan semangat, keyakinan dan hubungan erat sesama komuniti akhirnya mereka (kebun komuniti) dapat menyumbang kepada jaminan bekalan produk pertanian, namun perlu dibuat secara berhemah supaya tidak berlaku pencemaran,” katanya.

8 Oktober lalu, Ir Izham berkata sejumlah RM250,000 diperuntukkan kerajaan Selangor bagi memajukan 50 kebun komuniti dengan setiap PBT perlu memilih empat daripadanya untuk diberi bantuan sama.’

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top