BM | EN | 中文

Lapan kapal tangki asing bersauh di perairan Johor timur tanpa kebenaran ditahan

8-kapal-tangki-asing-bersauh-tanpa-kebenaran-ditahan.png

Gambar Ehsan Bernama

Advertisement

JOHOR BAHRU, 5 MAC: Lapan kapal tangki asing ditahan kerana bersauh tanpa kebenaran di perairan Johor timur menerusi satu operasi dijalankan di Zon Maritim Tanjung Sedili selama seminggu.

Pengarah Maritim Johor Nurul Hizam Zakaria berkata, operasi bermula 26 Feb lalu itu dilakukan berdasarkan aduan diterima daripada Lembaga Pelabuhan Johor dan Jabatan Laut Wilayah Selatan.

Katanya, lapan kapal berdaftar dari luar negara itu secara keseluruhannya mempunyai seramai 104 kru berusia 26 hingga 59 tahun yang terdiri daripada warganegara Indonesia, Myanmar, Bangladesh, India dan Georgia.

Advertisement

“Semua kru berkenaan didapati memiliki dokumen pengenalan diri yang sah. Bagaimanapun, hasil pemeriksaan lanjut mendapati semua nakhoda melibatkan lapan kapal ini gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran bersauh oleh pengarah laut Malaysia,” katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata, kapal berkenaan ditahan bawah Seksyen 491B (1) (l) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 kerana bersauh tanpa kebenaran pengarah laut Malaysia.

Nurul Hizam pada masa sama menjelaskan, operasi berkenaan serta pemantauan dan pemeriksaan akan terus dilakukan bagi memastikan undang-undang negara dipatuhi oleh semua komuniti maritim.

Advertisement

“Pengusaha atau pemilik kapal juga dinasihatkan untuk mendapatkan kebenaran daripada pihak berkuasa bagi melaksanakan sebarang aktiviti di perairan negara bagi mengelakkan tindakan yang lebih tegas dikenakan,” katanya.

Difahamkan, kapal terbabit ditahan bersama kru masing-masing pada kedudukan mereka bersauh tanpa kebenaran sehingga kompaun yang dikenakan selesai dibayar sebelum dibenarkan belayar semula.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top