BM | EN | 中文

Lantikan Pemangku Ketua Bahagian Simpang Renggam, Muar sah – Mazlan Bujang

IMG-20200227-WA0033.jpg

Mazlan Bujang

Advertisement

JOHOR BAHRU, 10 JUN: Pelantikan Timbalan Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Simpang Renggam dan Muar sebagai Pemangku Ketua Bahagian bagi menggantikan Dr Maszlee Malik dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman adalah sah mengikut perlembagaan parti.

Pengerusi Bersatu Johor Mazlan Bujang berkata watikah pelantikan A’zman Mohd Umar (Simpang Renggam) dan Basut Nin (Muar) juga sudah dikeluarkan Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin, baru-baru ini dan wajar dihormati semua pihak.

Beliau juga menyifatkan tindakan sebahagian ahli Bersatu bahagian Simpang Renggam yang menolak pelantikan A’zman sebagai pemangku bagi menggantikan Maszlee, sebagai pandangan peribadi dan tidak mencerminkan keputusan keseluruhan ahli.

Advertisement

“Kita di peringkat negeri kita akur dengan keputusan yang dibuat di peringkat pusat mengikut perlembagaan. Pemangku sudah dilantik jadi bagilah peluang kepada beliau melakukan kerja dan keputusan itu sudah muktamad,” katanya.

BACA: Tangkapan ular meningkat di Johor akibat cuaca panas

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis penyampaian pencen faedah penakat Perkeso kepada waris Syed Hanafi Syed Abdullah di pejabat Yayasan Warisan Johor semalam.

Advertisement

Sabtu lepas, beberapa media melaporkan Bersatu bahagian Simpang Renggam menolak pelantikan A’zman sebagai pemangku ketua bahagian bagi menggantikan Maszlee susulan pemberhentian keahlian Maszlee dan Syed Saddiq pada 28 Mei lepas.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top