BM | EN | 中文

Lantikan dua syarikat urus e-Bazar di Johor jadi pertikaian

aminolhuda-hassan.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 22 APR: Pelantikan dua syarikat e-bazar bagi mengendalikan Bazar Ramadhan di Johor tanpa ada sebarang proses sebut harga terbuka menimbulkan pelbagai persoalan.

Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) negeri Johor, Aminolhuda Hassan berkata, pihak berkuasa tempatan (PBT) hari ini tidak boleh berurusan dengan selain daripada syarikat yang dilantik tersebut.

“Lantikan ini jelas membelakangkan sistem ketelusan dengan pemilihan ‘award project’ diberikan kepada dua syarikat berkenaan.

Advertisement

“Bagaimana kita mahu melihat kredibiliti syarikat berkenaan sekiranya ia benar-benar menepati kriteria atau kemampuan untuk mengendalikan eBazar yang menguruskan Bazar Ramadan tersebut.

“Selain itu, ketirisan perolehan syarikat tersebut juga boleh berlaku kerana lantikan secara terus ini seperti mewujudkan sifat kroni kerana tidak ada sebarang proses telus dalam pelantikan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Baru-baru ini kerajaan negeri Johor mengumumkan untuk Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Johor berurusan dengan dua syarikat yang dilantik oleh kerajaan negeri bagi menguruskan eBazar yang dilancarkan.

Advertisement

Sebelum itu dalam satu temubual pada 17 April 2020, Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohamad telah mengumumkan eBazar bagi negeri Johor di sepuluh daerah yang akan diserahkan kepada dua syarikat lantikan kerajaan negeri.

Aminolhuda yang merupakan Ketua Pembangkang Dewan Negeri (DUN) Johor berkata, insentif RM 200 hanya diberikan kepada peniaga yang berniaga melalui dua syarikat tersebut turut dipersoalkan kerana dilihat tidak menyeluruh.

Beliau yang juga Adun Parit Yaani berkata, PBT Johor hanya diberikan kuasa untuk menguruskan penghantaran tanpa mempunyai kuasa untuk menguruskan soal eBazar yang berdaftar di dua syarikat berkenaan.

Advertisement

“Sejauh mana kemampuan syarikat tersebut uuntuk mengendalikan urusan bazar yang sangat banyak sedangkan sebelum ini ia diuruskan oleh satu pengurusan untuk satu-satu bazar.

“Ia juga dilihat menidakkan kebebasan berniaga kepada pengendali eBazar lain apabila hanya mengarahkan PBT mendaftarkan lesen penghantar yang berurusan dengan dua syarikat ini sahaja.

“Kerajaan digesa untuk menyenaraikan nama syarikat berkenaan serta kemampuan syarikat tersebut secara telus agar perkara ini tidak disalahertikan dan membelakangkan rakyat dalam hal melantik syarikat tersebut.

Advertisement

“Perkara itu telah merendahkan suara PBT yang selama ini menguruskan hal sedemikian,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top