BM | EN | 中文

Lantik Ismail TPM bukti Muhyiddin tak fikir masalah negara

Dzulkefly-Ahmad.jpg
Advertisement

GELANG PATAH, 8 JUL: Pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Timbalan Perdana Menteri (TPM) membuktikan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hanya memikirkan soal kepentinga dirinya sahaja.

Adun Kota Iskandar, Dzulkefly Ahmad berkata iumum mengetahui pelantikan itu hanya untuk menyelamatkan kedudukan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri sahaja.

“Tak ada alasan kukuh untuk melantik Ismail Sabri sebagai TPM. Ini jelas membuktikan bahawa Muhyiddin dalam keadaan yang terdesak.

Advertisement

“Kita tahu wakil Umno dalam kerajaan yang mempunyai jawatan tertinggi adalah Ismail Sabri. Ini jelas ‘membeli jiwa’ Umno.

“Ini jelas membuktikan kepada negara bahawa Tan Sri Mahiaddin hanya memikirkan soal kedudukannya sahaja dan tidak ada kena mengena dengan pembelaan terhadap rakyat,” katanya.

Beliau yang merupakan Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor turut memberi gambaran bahawa tindakan tersebut lebih merumitkan situasi semasa.

Advertisement

Tambahnya lagi, isu yang menjadi perbualan orang ramai kabinet gergasi Muhyiddin yang kini ditambah dengan jawatan TPM.

“Elaun TPM berbeza dan peruntukan kepadanya juga berbeza. Kini kerajaan terpaksa berbelanja lebih.

“Kita perlu berasaskan ‘track record’. Kalau prestasi kepimpinan negara hari ini cemerlang tak mengapa, tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Advertisement

“Bercerita soal jawatan hanya demi kepentingan peribadi bukan untuk rakyat pun. Jelas Muhyiddin hanya menyelamatkan dirinya sahaja bukan untuk negara dan rakyat,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top