BM | EN | 中文

Lantik diri sendiri jadi ketua, Muhyiddin tak percaya ahli Bersatu Johor

muhyiddin-yassin-bersatu.jpg
Advertisement

BATU PAHAT, 9 SEPT: Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini seperti tidak mempercayai kepimpinan dan ahlinya di Johor sehingga meletakkan dirinya sendiri sebagai Pengerusi Bersatu Johor.

Naib Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, Abdul Hamid Jamah berkata tindakan tersebut juga menggambarkan bahawa Bersatu di Johor telah berpecah kerana terpaksa melantik dirinya sendiri sebagai ketua.

Abdul Hamid Jamah

Katanya, umum mengetahui terdapat beberapa kumpulan dalam Bersatu yang berpecah sehingga memungkinkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) di Johor tumbang.

Advertisement

“Tindakan Adun dan ahli Bersatu di Johor terlalu ketara sehingga presiden mereka terpaksa melantik diri sendiri sebagai pengerusi di sini.

“Kita maklum bahawa terdapat perpecahan yang ketara di kalangan ahli Bersatu termasuk Adun mereka yang membuatkan rakan mereka dari Umno kurang selesa dengan perkembangan tersebut.

“Sebelum ini Muhyiddin pernah hadir ke Johor bagi menyelesaikan permasalahan dalam partinya namun kita maklum perkara itu tidak selesai apabila Datuk Osman Sapian selepas itu dilihat mesra dengan parti baharu Pejuang,” katanya.

Advertisement

Hamid berkata, masalah dalaman Bersatu Johor tidak akan berkesudahan sehingga menimbulkan pelbagai tanggapan serta ketidakstabilan politik yang berlaku di negeri ini.

Selain itu katanya, tindakan Muhyiddin melantik dirinya sebagai ketua parti itu di Johor bagi mengimbangi keadaan agar Bersatu mendapat tempat.

“Kita juga maklum Bersatu Johor dibuli dan lantikan Pengerusi Bersatu Johor itu membayangkan keperluan untuk Bersatu mendapat tempat di sini.

Advertisement

“Memang politik Johor tidak stabil kerana perpecahan dan ini pastinya mengganggu gugat ketenteraman rakyat apabila kerajaan tidak stabil.

“Ketidakpercayaan Muhyiddin terhadap pimpinan Bersatu di Johor dianggarkan tidak akan menyelesaikan perpecahan yang berlaku,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top