JOHOR BAHRU, 23 JUN: Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) Johor mencadangkan kerajaan melanjutkan moratorium secara automatik tanpa faedah dan pukal bagi golongan B40, M40 dan perusahaan kecil dan sederhana PKS.
“Seperti yang kita tahu, pelan pemulihan dari kerajaan Perikatan Nasional telah dikeluarkan dan bantuan untuk rakyat telah diumum tetapi masih belum mencukupi dan menyeluruh.
“Pihak bank harus membantu rakyat yang terkesan dan kita tahu, bank masih mencatat keuntungan walaupun Moratorium diberikan sebelum ini,” kata ahli jawatankuasa eksekutif Pro-Tern MUDA Johor, Azrul Ahmad.
Dalam pada itu beliau turut mendesak agar kerajaan membenarkan rakyat untuk mengeluarkan simpanan dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM5000.00 total dan pembayaran dibuat RM1000.00 sebulan bagi tempoh lima bulan.
Katanya ini kerana hak dan kepentingan rakyat harus diutamakan serta membantu rakyat untuk meneruskan kehidupan sehingga Malaysia keluar dari situasi pandemik Covid-19.
Johorkini