BM | EN | 中文

Lanjutan moratorium: Kerajaan perlu dengar keluhan 6.6 juta peminjam

Lim-Guan-Eng-LGE.jpg

Lim Guan Eng (Gambar Ehsa The Star)

Advertisement

KUALA LUMPUR, 29 OKT: Kerajaan perlu mendengar keluhan 6.6 juta peminjam kewangan dan seterusnya membenarkan lanjutan moratorium pinjaman bank secara automatik sehingga Mac 2021.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, gelombang ketiga penularan Covid-19 telah membantutkan pemulihan ekonomi terutamanya kepada perniagaan kecil.

Justeru itu katanya jika Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin enggan mendengar keluhan rakyat, maka semua parti politik harus bekerjasama untuk menuntut lanjutan moratorium pinjaman secara automatic selama enam bulan lagi.

Advertisement

“Kerajaan telah mengecewakan ramai rakyat Malaysia kerana gagal untuk menyambung moratorium pinjaman bank secara automatik.

“Ini semua demi menyelamatkan pekerjaan dan perniagaan rakyat Malaysia,” kata Guan Eng dalam kenyataan, semalam.

Tambahnya lagi, lanjutan moratorium akan menelan belanja sebanyak RM6.4 bilion, yang dijangka mampu diserap oleh industri perbankan.

Advertisement

“Industri perbankan telah mencatatkan keuntungan sebanyak RM32 bilion pada tahun 2019 mampu untuk menanggung kos tersebut.

“Jika industri perbankan tidak mahu memikul tanggungjawab sosial korporat itu sekalipun, kerajaan harus menanggungnya,” ujarnya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top