BM | EN | 中文

LANGKAH TAMBAH 10 LALUAN BAHARU WAJAR DIPUJI

Bas_Muafakat_Johor_Group.jpg
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 25 NOV – Dalam Belanjawan Johor 2020, memperkasa infrastruktur dan pengangkutan awam menjadi agenda ketiga di bawah teras mensejahterakan rakyat.

Salah satu usaha memperkasakan pengangkutan awam, kerajaan akan memperluaskan perkhidmatan bas Muafakat Johor dengan tambahan 10 laluan baharu.

Tinjauan JohorKini mendapati rata-rata masyarakat berbilang umur menyambut baik langkah kerajaan ini.

Advertisement

Haris

Menurut Haris Rashid, 20, langkah ini menunjukkan keprihatinan kerajaan terutama kepada golongan belia yang tinggal di luar bandar.

“Bagi golongan belia baru lepas sekolah, kebanyakan mereka tidak mempunyai kenderaan sendiri.

“Jadi, dengan penambahan laluan bas, capaian anak muda luar bandar menjadi lebih luas.

Advertisement

“Penambahan laluan bas memudahkan kami golongan belia luar bandar untuk bekerja di kawasan bandar,” katanya.

Bagi Zamri Ibrahim, 49, usaha kerajaan untuk menaik taraf pengangkutan awam wajar dipuji.

“Keperihatinan kerajaan wajar dipuji memandangkan bas antara pengangkutan awam utama di Johor.

Advertisement

“Saya selaku pengguna merasakan langkah ini wajar kerana ada dalam kalangan kita menggunakan bas untuk aktiviti pelancongan domestik.

Zamri bersama anak-anaknya

“Apabila laluan bas bertambah ke kawasan luar bandar seperti Sedili, ia secara tidak langsung dapat meningkatkan lagi jumlah pengunjung,” katanya.

Tambahan 10 laluan baharu perkhidmatan bas Muafakat melibatkan peruntukan tambahan sebanyak RM4.3 juta dan kos keseluruhan sebanyak RM29.1 juta.

Advertisement

Antara laluan baharu ialah dari Terminal Bas Mersing ke Endau, Terminal Bas Kota Tinggi ke Tanjung Sedili, Terminal Bas Kluang ke Hentian Bas Renggam, Terminal Bas Maharani ke Simpang Jeram dan Perhentian Bas Yong Peng ke Kangkar Baru.

Sementara itu, kerajaan Johor juga memperkenalkan Program ‘Free Ride Bus’ yang akan dilaksanakan sepanjang tahun 2020.

Program ini memberi peluang kepada rakyat tempatan menggunakan perkhidmatan Bas Muafakat dengan hanya mempamerkan Kad Pengenalan Malaysia sahaja.

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top