BM | EN | 中文

Langkah Selangor beli vaksin percepat pulih wabak – Persatuan Perubatan Malaysia

vaksin-covid-19.png
Advertisement

SHAH ALAM, 11 JUN: Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menyambut baik usaha kerajaan Selangor membeli lebih 500,000 vaksin untuk rakyat negeri itu menerusi Program Vaksinasi COVID-19 Negeri Selangor (SCVP).

Presiden MMA, Prof Datuk Dr M Subramaniam berkata pembelian itu dapat mempercepatkan program vaksinasi terutama kepada warga emas, pekerja sektor perindustrian, pembuatan serta perkhidmatan dan golongan belia.

“Kami berharap usaha yang dilakukan Kerajaan Selangor ini membuahkan kejayaan. Begitu juga dengan keputusan mengambil 1,000 pengamal perubatan swasta juga langkah tepat kerana kepantasan, kemudahan dan kebolehcapaian penting dalam meningkatkan pengambilan vaksin.

Advertisement

“Kami yakin lebih ramai pengamal perubatan swasta akan turut serta dan menyasarkan lebih 2,000 lagi penyertaan kumpulan ini di Selangor dan kawasan bersempadan di Kuala Lumpur,” katanya, lapor SelangorKini.

Menurutnya, usaha untuk meningkatkan pengambilan suntikan vaksin amat perlu untuk memutuskan rantaian jangkitan sekali gus membantu memulihkan semula ekonomi.

“MMA turut mengalu-alukan lanjutan program Saringan Komuniti Covid-19 percuma di Selangor yang terbukti berjaya mengesan golongan ‘pembawa senyap’,” katanya.

Advertisement

Justeru, beliau berharap kerajaan negeri lain turut mempertimbangkan program vaksinasi dan saringan percuma di negeri mereka.

Rabu lalu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengumumkan peruntukan RM200 juta bagi memperoleh vaksin dan mempercepatkan imuniti kelompok menerusi Pakej Kita Selangor 2.0.

Kerajaan Selangor turut memperuntukkan RM10.7 juta bagi melaksanakan fasa ketiga Saringan Komuniti.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top