BM | EN | 中文

LANGKAH PERBAIKI MACS BAKAL KURANGKAN KESESAKAN DI TAMBAK JOHOR

IMG-20191207-WA0038.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 7 DIS: Langkah untuk memperbaiki Malaysian Automated Clearance System (MACS) di Tambak Johor bakal menyelesaikan masalah kesesakan orang asing yang sering hadir ke Johor, kata Adun Stulang, Andrew Chen Kah Eng.

Menurutnya, selepas mesin-mesin ini diperbaiki, masalah kesesakan bagi orang asing yang sering hadir ke negeri ini atau lebih dikenali sebagai ‘frequent foreign travellers’ ini juga bakal dikurangkan.

“Isu kesesakan di Tambak Johor ini memang satu isu yang sering diperkatakan oleh rakyat oleh itu kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan amat komited untuk mencari penyelesaisan masalah ini,” katanya kepada Johorkini.

Advertisement

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Hari UTC Johor bersama pelanggan 2019 di Galleria @ Kotaraya, di sini, hari ini.

Andrew berkata, proses untuk memperbaiki mesin-mesin MACS itu merupakan salah satu langkah pihak kerajaan dalam menangani isu kesesakan di Tambak Johor.

“Selain itu, pelbagai inisiatif dan langkah yang akan dan sedang diambil bagi atasi masalah ini termasuklah penambahan anggota di Kompleks Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ).

Advertisement

“Keputusan untuk meneruskan Projek Sistem Transit Rapid (RTS) antara Johor Bahru dan Singapura yang diumukan baru-baru ini juga bakal menyumbang kepada pengurangan kesesakan di Tambak Johor,” katanya lagi.

Tambahnya lagi, antara usaha lain termasuklah cadangan pejalan kaki yang menghubungkan dua negara ini.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top