BM | EN | 中文

Langkah lindungi diri daripada coronavirus

IMG-20200126-WA0013.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 26 JAN: Kementerian Kesihatan (KKM) meminta orang ramai mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi sebagai antara langkah perlindungan yang boleh dilakukan untuk mencegah daripada jangkitan coronavirus 2019-nCoV.

Antara langkah yang disyorkan KKM ialah melalui kaedah menjaga kebersihan diri dengan mencuci tangan menggunakan air dan sabun atau bahan pencuci tangan (hand sanitizer).

Sekiranya berada dalam tempoh lawatan ke lokasi-lokasi yang berlakunya wabak ini dan perjalanan tersebut tidak dapat dielakkan, sentiasa bawa bersama penutup mulut dan hidung (mask) serta bahan pencuci tangan.

Advertisement

Selain itu, elakkan dari melawat ladang haiwan, pasar yang menjual haiwan hidup, tempat sembelihan atau menyentuh sebarang jenis haiwan.

Orang ramai juga diminta mengelak dari mengunjungi tempat tumpuan dan bergaul rapat dengan individu yang mempunyai gejala tersebut.

Elakkan dari memakan sebarang produk haiwan mentah atau yang tidak dimasak dengan sempurna.

Advertisement

Sekiranya jatuh sakit iaitu mengalami gejala jangkitan pernafasan seperti demam, batuk atau sukar bernafas dalam tempoh 14 hari selepas pulang dari lawatan, segera dapatkan rawatan perubatan dan maklumkan mengenai sejarah perjalanan kepada doktor yang merawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top