BM | EN | 中文

Langkah kerajaan harus dipuji

kelapa-sawit.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 11 FEB: Langkah kerajaan dalam menangani permasalahan harga komoditi kelapa sawit harus dipuji dengan menjalinkan hubungan baru dengan negara Pakistan.

Naib Pengerusi Amanah Johor, Suhaizan Kaiat berkata, tindakan kerajaan itu dilihat proaktif serta ia memperlihatkan komitmen membantu menstabilkan harga jualan komoditi itu.

Katanya, kerajaan hari ini sentiasa komited dalam membangunkan pendapatan pelbagai golongan termasuk pekebun-pekebun sawit.

Advertisement

“Pertemuan di antara Perdana Menteri Pakistan (Imran Khan) dan Perdana Menteri Malaysia (Tun Dr Mahathir Mohamed) telah membawa perkembangan positif kepada komoditi sawit di negara ini.

“Sebelum ini kita maklum berkenaan dengan negara India yang mahu memboikot komoditi sawit negara kita kerana menyokong Kashmir.

“Pakistan juga telah membuka ruang pelaburan kepada Malaysia untuk melabur di negara mereka dan ini suatu prestasi yang baik untuk terus mencari ruang-ruang penambahan ekonomi dalam negara kita,” katanya.

Advertisement

Dalam pada itu, Pemikir Parti Amanah Johor, Dr Mohd Zuhan Mohd Zain berkata, Malaysia hari ini terpaksa menanggung boikot dari India akibat pendirian negara ini mempertahankan penindasan yang berlaku di Kashmir.

Katanya lagi, sebagai rakyat di negara ini tindakan tegas yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri Malaysia menggambarkan bahawa keutamaan diberikan kepada soal keamanan.

“Apa yang terjadi antara negara kita dan India telah banyak membuatkan beberapa sekatan ekonomi yang berlaku terhadap negara kita seperti barangan eksport ke negara berkenaan.

Advertisement

“Apabila Tun mengeluarkan pendirian menentang keras tindakan India yang melakukan penindasan di Kashmir yang membabitkan umat Islam, kita terpaksa berhadapan boikot dari negara itu.

“Kehadiran Perdana Menteri Pakistan telah banyak membawa kesan yang positif. Juga dikhabarkan bahawa indeks saham negara telah melonjak naik akibat dari kesan positif tersebut,” katanya.

Terdahulu, pada 4 Februari lalu, Malaysia telah menerima kunjungan Perdana Menteri Pakistan dalam lawatan kerja selama dua hari beliau ke negara ini yang membawa perjanjian peluang ekonomi di antara kedua negara.

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top