BM | EN | 中文

LANGKAH JDT KENALPASTI BAKAT MUDA WAJAR DICONTOHI, KATA EXCO JOHOR

9e1be123-107f-465d-b973-c013b5788b38.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 6 SEPT: Langkah Johor Darul Ta’zim FC (JDT) menandatangani pemain bola sepak cilik tempatan, Tengku Sulaiman Shakirinal Sulaiman Shah, yang baharu berusia lima tahun, merupakan satu langkah yang positif buat arena sukan tanah air.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Sheikh Umar Bagharib Ali berkata keputusan JDT menandatangani pemain bola sepak pada usia muda dapat membantu  mewujudkan satu ekosistem yang baik untuk pembangunan sukan negeri, terutamanya di peringkat akar umbi.

Beliau berharap Tengku Sulaiman, yang juga cucu saudara Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, dapat menjadi contoh terbaik supaya badan-badan sukan dapat mengetengahkan bakat atlet-atlet muda tempatan.

Advertisement

“Sebagai contoh di Singapura, boleh dikatakan hampir semua rakyatnya diterapkan dengan budaya bersukan dan saya percaya Johor juga boleh menuju kearah situ, malah lebih baik lagi,” katanya.

Menurutnya lagi, Johor juga bakal dilengkapi dengan infrastruktur sukan yang menetapi piawaian antarabangsa yang pastinya dapat membantu meningkatkan bakat dan prestasi atlet-atlet tempatan sejak usia awal.

“Tahun depan kejohanan Sukan Malaysia (Sukma) 2020 akan dianjurkan di Johor dan kita sedang membangunkan infra serta gelanggang sukan yang lebih baik,” katanya ketika dihubungi Johorkini.

Advertisement

Tunku Azizah sendiri turut  memuat naik beberapa klip video aksi Tengku Sulaiman di atas padang di akaun Twitternya, @cheminahsayang.

“Antara lima gol oleh cucu saudara saya Sulaiman, bakal jadi Beckham, Maradona, Ronaldo. Tok Jing2 doakan! More goals by Sulaiman the Magnificent.”

 

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top