BM | EN | 中文

Langkah Felda ambil alih semula FGV disokong – Mazlan Aliman

Mazlan-Aliman_felda.jpg

Grafik Ehsan FMT

Advertisement

KOTA TINGGI, 20 OKT: Pengerusi Majlis Permuafakatan Ngo-Ngo Felda (MPNF), Datuk Mazlan Aliman mengalu-alukan dan menyokong kenyataan Pengerusi Felda, Datuk Seri Idris Jusoh untuk mengambil alih semula aset FGV Holding Bhd.

Katanya, aset seperti 350,000 hektar tanah dan 68 buah kilang juga perlu diambil alih semula kerana ia berkaitan langsung antara satu sama lain dengan tanah tanaman dengan kelapa sawit.

“Sedari awal saya memang tidak pernah bersetuju dengan penyenaraian FGV di Bursa Malaysia dan yakin ia akan gagal.

Advertisement

“Segala pandangan melalui berbagai forum dan memorandum telah disalurkan kepada kerajaan ketika itu (BN) tapi tidak dipedulikan.

“Penyenaraian telah terbukti gagal dan suatu tragedi hitam yang hampir membunuh institusi orang Melayu,” katanya.

Beliau yang merupakan ahli jawatankuasa Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, berkata ketika kerajaan Pakatan Harapan (PH) memerintah timbul pula ura-ura pengambil alihan FGV oleh pihak ketiga namun beliau tetap konsisten menentangnya.

Advertisement

“Tentu sekali kenyataan Pengerusi Felda ini disambut baik dan seiring dengan perjuangan berterusan warga Felda seluruh negara.

“Saya mengharapkan kerajaan dapat muktamadkan segera pelan pengambil alihan ini yang diyakini dapat memulih dan mengembalikan kewangan Felda seperti dahulu,” katanya lagi.

Idris dalam kenyataan kelmarin berkata, Felda mahu mengambil semula 350,000 hektar tanah yang dipajak kepada FGV Holdings Bhd (FGV) dalam usaha untuk mengukuhkan kembali kedudukan kewangannya.

Advertisement

Perkara itu sudah dipersetujui Lembaga Pengarah Felda dan kini sedang menunggu keputusan kerajaan sebelum rundingan boleh dimulakan dengan FGV.

Langkah itu adalah sebahagian daripada perubahan yang ingin dijalankan Felda menerusi pengenalan model perniagaan baharu yang lebih mapan dan berdaya saing untuk agensi itu.

Pendapatan Felda daripada keuntungan operasi ladangnya mula merosot sejak 2012 selepas FGV disenaraikan di Bursa Malaysia dengan yang terkini pada 2019, hanya merekodkan keuntungan sebanyak RM16.51 juta.

Advertisement

Jumlah itu, jauh berbeza daripada yang pernah dicatatkan Felda sebelum itu dengan yang tertinggi pernah dicapai pada 2011, iaitu RM1.85 bilion.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top