KUALA LUMPUR, 27 OKT: Parti-parti politik perlu bersetuju calon Warisan dibenarkan menang tanpa bertanding dalam pilihanraya kecil (PRK) Batu Sapi sebagai langkah pertama perang melawan gelombang ketiga wabak Covid-19.
Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang berkata, melalui ‘persetujuan’ itu ia akan dapat melibatkan “keseluruhan kerajaan” dan “keseluruhan masyarakat” dalam usaha untuk menyelamatkan nyawa dan kehidupan di Malaysia.
“Saya seru semua rakyat Malaysia dan parti-parti politik untuk mencapai persetujuan bahawa seorang calon Warisan patut diberikan laluan untuk memenangi pilihan raya kecil Batu Sapi,” kata veteran DAP itu dalam satu kenyataan semalam.

Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR sebelum ini mengumumkan hari penamaan calon akan berlangsung pada 23 November dan hari pengundian akan berlangsung pada 5 Disember.
Dalam pada itu katanya kabinet perlu menjadi peperangan melawan gelombang ketiga Covid-19 dengan melibatkan “keseluruhan kerajaan” dan “keseluruhan masyarakat” sebagai agenda pertamanya.
Kata Kit Siang, perkara itu boleh dilakukan dengan membentuk penyatuan dan solidariti di Dewan Rakyat dan membawa agenda itu ke persidangan Belanjawan yang akan berlangsung selama 27 hari, bermula 2 November.
“Pendekatan melibatkan “keseluruhan kerajaan” dan “keseluruhan masyarakat” ini perlulah berasaskan kepada prinsip-prinsip Rukun Negara; Kepercayaan kepada Tuhan, Kesetiaan kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaa, Kedaulatan Undang-undang, dan Kesopanan dan Kesusilaan,” katanya.
Tambah Kit Siang, negara perlu bergerak ke hadapan dan bukannya ke belakang untuk memastikan kelima-lima prinsip Rukun Negara ini menjadi asas setiap keputusan dan langkah yang diambil dalam peperangan melawan wabak Covid-19.
Dalam pada itu kataya, antara perkara yang perlu dibincangkan kabinet adalah situasi semasa di Sabah dan penyelesaiaannya, lantaran Sabah kini menjadi pusat penularan utama wabak Covid-19.
Kat Kit Siang, kes jangkitan baharu Covid-19 pernah mencecah empat angka dan usaha melandaikan lengkok graf jangkitan perlu dijadikan keutamaan.
“Kita terus berdoa dan berharap kes Covid-19 di negara kita ini hanya mencecah empat angka buat satu kali ini sahaja.
“Kita tidak boleh terus lalai. Malah, tidak ada sebab untuk kita gagal melakukan yang lebih baik berbanding dengan Thailand dalam peperangan melawan wabak Covid-19.
“Ini memandangkan Thailand mempunyai dua kali ganda jumlah penduduk berbanding Malaysia.
“Rakyat Malaysia berhak untuk mendapat yang lebih baik dan kita perlu berusaha untuk memberikan yang terbaik dalam usaha melawan wabak Covid-19,” katanya lagi.
Johorkini