BM | EN | 中文

“Langkah agresif bela nasib pekerja Malaysia di Singapura masih dinanti”

tambak-johor-air-terawat-dari-singapura.jpg

Gambar Fail

Advertisement

JOHOR BAHRU, 29 JUL: Langkah agresif kerajaan bagi menyelesaikan isu kehilangan mata pencarian di kalangan rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura masih dinantikan.

Ahli Jawatankuasa Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor, Jeevan Supramaniam berkata, kerajaan hanya mengeluarkan kenyataan ‘tergantung’ tanpa rancangan bagi menyelesaikan dilema pekerja Malaysia yang mencari nafkah di Kota Singa itu.

“Kerajaan perlu segera tangani masalah ini dengan merekodkan (data) mereka untuk dibela selepas sempadan dibuka kelak.

Advertisement

“Kita simpati dengan nasib pekerja yang masih tersangkut di Singapura. Mereka akan dibuang sekiranya balik ke Malaysia.

“Rundingan di antara kerajaan Malaysia dan Johor dengan republik Singapura (bersama) majikan (di republik itu) perlu disegerakan.

“Sehingga hari ini kita masih tidak lihat langkah progresif dilakukan kerajaan dalam usaha menyelesaikan isu ini,” kata Jeevan.

Advertisement

Difahamkan pada 26 Julai, lebih 400 pekerja Malaysia yang bekerja di Singapura menghantar memorandum kepada Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad berhubung isu kehilangan kerja akibat penutupan sempadan antara Malaysia-Singapura.

Justeru itu, Jeevan mencadangkan beberapa langkah yang boleh diambil oleh kerajaan bagi menyelesaikan perkara tersebut dengan segera.

“Kita memohon kerajaan memberi bantuan kepada mereka kerana rata-ratanya adalah golongan yang sudah terputus mata pencarian, contohnya bagi mereka yang berkerja di bahagian pengangkutan.

Advertisement

“Selain itu, kerajaan boleh mencarikan mereka pekerjaan sementara demi kesinambungan hidup yang kini teruk terjejas akibat penutupan sempadan.

“Kerajaan juga boleh membuka kaunter pendaftaran kepada mereka yang terkesan mata pencariannya di Singapura untuk mengisi kembali pekerjaan di Singapura apabila sempadan dibuka semula,” katanya.

Dalam pada itu kata Jeevan, tiada jaminan kerajaan kepada mereka yang berkerja di Singapura sehingga membuatkan ramai di antara mereka yang keliru.

Advertisement

“Saya berharap kerajaan tak usah lebih berpolitik serta leka dari menyelamatkan rakyat Malaysia yang kehilangan kerja di Singapura.

“Langkah segera perlu diambil,” ujarnya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top