BM | EN | 中文

Langgar syarat PKPB, dua premis di Johor terima notis tutup

Vidyananthan-Ramanadhan.jpg

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri R. Vidyananthan

Advertisement

JOHOR BAHRU, 6 MEI: Dua premis di Johor menerima notis penutupan selepas dipercayai melanggar syarat Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar, R. Vidyananthan operasi penguatkuasaan bersepadu PKPB telah dijalankan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Johor dengan kerjasama PDRM dan Pihak Berkuasa Tempatan di kesemua daerah di negeri ini.

“Hasil pemeriksaan menerusi operasi bersepadu terbabit, sebanyak dua notis penutupan telah dikeluarkan ke atas dua premis manakala empat premis lain telah diberi amaran serta nasihat.

Advertisement

“Notis penutupan terhadap dua premis terbabit adalah di bawah Seksyen 18(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 kerana kegagalan mematuhi garis panduan PKPB yang telah ditetapkan,” kata Vidyananthan dalam kenyataannya hari ini.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan jenis perniagaan atau pihak berkuasa tempatan (PBT) yang mengeluarkan notis tutup tersebut.

Tambah Vidyananthan dalam operasi terbabit, sejumlah 73 premis di beberapa daerah telah diperiksa.

Advertisement

“Semasa PKPB adalah dinasihatkan agar semua industri peruncitan mematuhi panduan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

“Ini termasuk memastikan kebersihan premis, pengurusan pelanggan yang merangkumi aspek penjarakkan sosial dan transaksi tanpa sentuhan, saringan kesihatan dan penggunaan sanitizer.

“Ketidakpatuhan SOP yang ditetapkan akan menyebabkan tindakan undang-undang diambil ke atas pemilik premis,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top