BM | EN | 中文

Langgar SOP: Pemimpin dan menteri usah sombong – AWAN Johor

annuar-musa.png
Advertisement

MUAR, 12 JUL: Pemimpin negara dan para menteri dinasihatkan agar tidak sombong dengan sikap mereka dengan sering melanggar prosedur operasi standard (SOP), kata Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Johor, Nor Hayati Bachok.

Nor Hayati Bachok, Adun Maharani

Nor Hayati berkata, tindakan pemimpin dan menteri-menteri di negara ini yang melanggar SOP adalah sikap angkuh dengan kuasa yang dimiliki.

“Kepimpinan melalui tauladan, itulah yang kita belajar dan hadam selama ini.

Advertisement

“Ada juga yang sengaja melanggar SOP dan selepas itu menipu rakyat. Perkara itu suatu cerminan yang tidak baik kepada rakyat.

“Namun apa yang berlaku adalah pelanggaran SOP, malah sengaja dipamerkan kepada orang ramai melalui media sosial seolah mencabar pihak berkuasa dan memperlekehkan derita rakyat yang terpisah daripada keluarga kerana patuh SOP .

“Rakyat akan membandingkan nasib mereka yang terpaksa berkorban berbanding pemimpin yang melakukan tindakan tersebut.

Advertisement

“Ia memberi kesan kepada rakyat yang sudah lebih setahun ini telah berkorban tidak bertemu keluarga,” katanya ketika dihubungi.

Warganet semalam mempersoalkan tindakan Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa yang mengunjungi bekas perdana menteri Abdullah Ahmad Badawi di kediamannya di Kuala Lumpur walaupun lawatan ke rumah dilarang semasa PKPD Covid-19.

Annuar, yang juga Ahli Parlimen Ketereh memuatnaik gambar lawatannya di laman twitter namun memadamkan hantaran itu susulan kemarahan orang ramai.

Advertisement

Warganet rata-ratanya membalas dengan tangkap layar dan kenyataan bahawa lawatan ke rumah tidak dibenarkan ketika sekatan pergerakan.

Mereka turut menyatakan sudah lama tidak bertemu keluarga dan bertanya sama boleh mengunjungi ibu bapa di kampung.

Johorkini

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top